awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes tikam pereka dalaman ditahan di ibu negara

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2024
02:30 MYT
Suspek kes tikam pereka dalaman ditahan di ibu negara
Suspek kes tikam pereka dalaman separuh masa di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, di sini, minggu lalu berjaya ditahan pihak berkuasa malam tadi. - Gambar hiasan
PETALING JAYA : Suspek kes tikam pereka dalaman separuh masa di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, di sini, minggu lalu berjaya ditahan pihak berkuasa malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar yang memaklumkan suspek ditahan di sekitar ibu negara.
“Tangkapan ada dilakukan malam tadi. Proses reman akan dilaksanakan pagi ini,” katanya ringkas.
Allahyarham Muhammad Sharqawi Abu Bakar berusia 36 tahun meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara minggu lalu.
Dalam pada itu, belum ada maklumat lanjut mengenai penahanan suspek.
Difahamkan, Allahyarham sebelum ini tinggal berseorangan di rumah berkenaan yang dibelinya pada tahun lalu.
Terdahulu, Shahrulnizam berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kes berkenaan berpunca daripada pecah rumah sebelum bertukar kepada kejadian samun sehingga menyebabkan kematian.
Topic Berkaitan
#kes tikam pereka dalaman
#suspek
#Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
#Persiaran Meranti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan