Seorang lelaki warga negara Lubnan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes sindiket pengeluaran sijil pertauliahan palsu menggunakan nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.
Suspek berusia 36 tahun itu merupakan individu ketujuh yang ditahan dalam siasatan kes ini.
Menurut sumber, suspek yang juga merupakan pengarah sebuah syarikat percetakan, dipercayai merupakan salah seorang ejen yang mendapatkan ‘pelanggan’ yang ingin membeli sijil pertauliahan palsu tanpa perlu menghadiri kursus.
Suspek tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 8.40 malam tadi.
"Walau bagaimanapun, pasukan penyiasat masih sedang mengenalpasti dalang utama sindiket ini yang bertanggungjawab untuk mencetak sijil-sijil palsu tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini.
Tambah sumber itu lagi, siasatan juga mendapati terdapat beberapa orang kenamaan dengan gelaran turut telah membeli sijil-sijil pertauliahan palsu tersebut.
“Kita tidak boleh mengambil ringan perkara ini kerana terdapat orang-orang kenamaan turut didapati telah mendapatkan khidmat sindiket ini untuk mendapat sijil-sijil palsu.”
“Kita juga akan memanggil mereka sekiranya perlu bagi membantu siasatan dalam masa terdekat,” ujarnya ketika dihubungi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut berhubung beberapa orang kenamaan yang dipercayai telah membeli sijil-sijil pertauliahan palsu daripada sindiket ini.
Tambah beliau, pasukan penyiasat sedang meneliti dokumen-dokumen yang dirampas dalam beberapa siri operasi yang dilancarkan sejak 15 April lalu.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi yang akan ditangkap berkait dengan siasatan kes ini.
Sijil pentauliahan palsu itu boleh diperolehi dengan bayaran antara RM2,000 hingga RM16,000.00 bergantung dengan jenis sijil dan IPTS.
Kes tersebut disiasat mengikut seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009.
Hakim Rahman
Wed Apr 25 2018
Suspek dipercayai merupakan salah seorang ejen yang mendapatkan pelanggan yang ingin membeli sijil pertauliahan palsu tanpa perlu menghadiri kursus. - Foto SPRM
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
Dakwaan salah laku: Siasatan libatkan individu kepimpinan tertinggi BAM - Azam Baki
Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan tidak melibatkan seluruh entiti atau organisasi tersebut.
Op Favish: SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki
SPRM sudah melengkapkan siasatan kes membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Kementerian Pertahanan perkukuh tatakelola pengurusan, pertingkat program integriti
Kementerian Pertahanan menekankan aspek peningkatan prosedur dalam tadbir urus, usaha mencegah penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan pematuhan kepada arahan kerajaan yang ditetapkan.
SPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet - Azam Baki
Azam berkata setakat ini pihaknya telah merekodkan keterangan sembilan saksi termasuk pasangan itu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
'Penjawat awam terlibat rasuah masih tinggi' - Azam Baki
Penjawat awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam rasuah mencecah hampir 50 peratus, menunjukkan negara masih bergelut untuk membanteras rasuah.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Isu FashionValet: 11 beg tangan, seutas jam tangan mewah disita dari kediaman Vivy, Fadza
SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Isu FashionValet: Vivy, suami dipercayai akan kembali ke SPRM Khamis
Siasatan ke atas pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mungkin diteruskan pada Khamis.