Suspek penculik untuk tebusan ditembak mati di Lahad Datu

Astro Awani
Disember 4, 2017 02:04 MYT
Seorang lelaki dipercayai penculik untuk tebusan (KFR) ditembak mati pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) awal pagi ini. -Gambar fail
Seorang lelaki dipercayai penculik untuk tebusan (KFR) ditembak mati pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) awal pagi ini.
Suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an itu ditembak kira-kira jam 1 pagi di perairan Lahad Datu.
Difahamkan, suspek menaiki bot pancung dipercayai masuk ke negara ini untuk membuat intipan. Apabila keadaan terkawal, suspek akan memaklumkan kepada rakan lain dan mereka akan melakukan rompakan di laut atau penculikan.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu pada pukul 3 petang.
#ESSCom #Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah #Lahad Datu