awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek pengganas ditahan cubaan membunuh Tun Mahathir, Guan Eng, Mujahid, Tommy Thomas

Hilmi Malik
Hilmi Malik
25/03/2021
11:14 MYT
Suspek pengganas ditahan cubaan membunuh Tun Mahathir, Guan Eng, Mujahid, Tommy Thomas
Azman berkata, suspek dikatakan bergerak sacara solo dan dipercayai terlibat bersama kumpulan militan Daish. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis berjaya menggagalkan hasrat seorang lelaki dalam cubaan untuk membunuh bekas Perdana Menteri termasuk beberapa lagi menteri lain dan kerajaan Pakatan Harapan.
Penolong Pengarah Cawangan Khas Antipengganas (E8), Azman Omar berkata, individu berkenaan telah ditahan pada bulan Januari lalu yang turut mengakui membuat perancangan tersebut.
Pengakuan untuk merancang serangan tersebut melibatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa menteri kabinet sewaktu pentadbiran kerajaan PH termasuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Menurutnya lagi, suspek yang bergerak solo itu dipercayai terlibat dengan kegiatan pengganas dan merancang serangan tersebut sebagai usaha menunjukkan sokongan terhadap kumpulan militan Daish.
"Pada 6 hingga 7 Jan 2020, kami menangkap seorang lelaki tempatan bersama lima yang lain ekoran pembabitan mereka menghasilkan video propaganda IS (Daish) dan ancaman bunuh ke atas pemimpin negara.
"Semasa siasatan, (lelaki terbabit) mengaku dia berniat untuk melancarkan serangan secara bersendirian ke atas beberapa pemimpin kerajaan dengan menikam mereka menggunakan pisau atau objek tajam sebagai tanda menyokong IS (Daish)," katanya menerusi program 'Radikalisme dan Ekstremisme Semasa Pandemik' anjuran Institut Kajian Lanjutan Islam Malaysia di sini pada Khamis.
Untuk rekod, pihak E8 telah menahan seramai tujuh individu dan suspek (pengganas) yang ditahan merupakan salah seorang daripada tangkapan berkenaan.
Dalam pada itu, Azman turut mendedahkan telah membuat satu tangkapan melibatkan seorang rakyat Malaysia di Singapura pada Ogos lalu.
Tangkapan tersebut dibuat berikutan penglibatan suspek dalam membiayai kegiatan militan serta merancang untuk ke Syria bagi menyertai kumpulan militan Daish.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Lim Guan Eng
#Perdana Menteri
#Peguam Negara
#PDRM
#kumpulan militan Daish
#cubaan membunuh
#Azman Omar
#E8
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan