awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek seludup senjata api dan dadah ditembak mati di Baling

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/06/2017
09:10 MYT
Suspek seludup senjata api dan dadah ditembak mati di Baling
Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff (dua, kanan) menunjukkan senjata api yang digunakan penjenayah ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) hari ini. - Foto Bernama
Seorang lelaki disyaki penyeludup senjata api dan dadah ditembak mati polis dalam kejadian berbalas tembakan di persimpangan jalan Kampung Weng Dalam menghala Kampung Ulu Lenggong, Baling awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira pukul 4.25 pagi itu berlaku ketika sepasukan polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu terserempak dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam keadaan mencurigakan.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, polis kemudian menghampiri kereta yang diletakkan di tepi jalan itu dan mengarahkan seorang lelaki supaya keluar untuk tujuan pemeriksaan.
"Lelaki tersebut telah melepaskan beberapa das tembakan dari dalam dan lelaki itu telah meluru keluar dari pintu hadapan penumpang dan terus melepaskan beberapa lagi das tembakan ke arah pasukan polis," katanya sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) hari ini.
Polis kemudiannya bertindak membalas tembakan mengakibatkan suspek rebah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Suspek mati akibat kecederaan pada kepala dan dada.
Hasil siasatan polis percaya suspek berkemungkinan sedang menunggu pelanggannya untuk mengedar dadah.
Hasil pemeriksaan lanjut polis menemui sepucuk pistol semi auto jenis Norinco bersama kelopak, lapan peket plastik lutsinar disyaki heroin seberat 40 gram bernilai RM1,000 dan dua pasang nombor pendaftaran kenderaan masing-masing bernombor WNS 5168 dan BNW 217.
Semakan nombor pendaftaran kereta yang digunakan suspek mendapati ia palsu yang mana nombor itu didaftarkan ke atas sebuah motosikal jenis SYM.
Asri berkata, pihaknya kemudian membuat pemeriksaan ke atas rumah suspek di Kampung Selarong di Pengkalan Hulu, Perak dan menemui sebatang bom buatan sendiri jenis batang paip, pelbagai jenis peluru hidup dan syabu seberat 250 gram dianggarkan bernilai RM17,500.
Susulan itu polis bertindak menahan isteri suspek yang juga seorang warga Thailand berusia lingkungan 30-an untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#kereta
#mati
#suspek
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan