awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek serang ala muay Thai pengadil futsal dikenal pasti

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2023
04:31 MYT
Suspek serang ala muay Thai pengadil futsal dikenal pasti
Polis telah terkesan satu video berdurasi 13 saat yang tular di aplikasi Instagram yang memaparkan kejadian itu. - Gambar/ Sinar Harian
PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah menerima laporan berkaitan insiden seorang pengadil diserang seorang pemain ketika perlawanan futsal di sebuah kompleks sukan di Damansara di sini pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada mangsa berusia 40-an pada jam 12.12 tengah malam Khamis.
"Suspek telah dikenal pasti, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya telah terkesan satu video berdurasi 13 saat yang tular di aplikasi Instagram yang memaparkan kejadian itu.
"Video mengenai tindakan seorang pengadil diserang ketika perlawanan futsal pada jam 9.45 malam itu menerima tontonan sebanyak 17,300 orang dan dikongsi seramai 78 orang.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang perlakuan jenayah boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03 – 79662222," katanya.
Video tular itu memaparkan pengadil berkenaan melayangkan kad merah kepada seorang penjaga gol selepas ia dilihat melakukan kekasaran yang membahayakan pemain lawan.
Namun, secara tiba-tiba seorang pemain 'naik hantu' sebelum meluru masuk dan melompat serta menyerang seperti ala muay Thai dengan menggunakan lutut ke arah belakang badan pengadil berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#futsal
#video tular
#serang pengadil
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan