awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek tetak adik kandung dengan parang panjang didakwa esok

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/04/2020
03:30 MYT
Suspek tetak adik kandung dengan parang panjang didakwa esok
Mangsa antara lain mengalami kecederaan luka akibat ditetak dengan parang di bahagian jari tangan kiri. - Foto PDRM
Suspek yang menetak adik kandungnya dengan parang panjang di rumah mereka di Teluk Intan, pada Jumaat, sebelum melarikan diri, dijangka didakwa di mahkamah di sini esok.
Suspek yang bekerja di sebuah syarikat di Subang, Selangor, diberkas dalam serbuan di sebuah inap desa di Tanjung Karang, Selangor pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, suspek ditangkap pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor sekitar jam 1.15 petang.
Menurutnya, suspek direman tiga hari sehingga hari ini.
"Reman sambung sehari sehingga esok. Esok akan dituduh di mahkamah, insyaAllah,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Pada Sabtu, Astro AWANI melaporkan polis sedang memburu seorang lelaki yang menetak adik kandungnya dengan parang panjang di rumah ibu mereka di Jalan Sekolah Kebangsaan Kota Setia, Teluk Intan pada petang Jumaat.
Kejadian jam 7 petang itu berpunca daripada pertengkaran mulut di antara mereka selepas suspek bertindak memarahi ibunya sehingga menangis.
Topic Berkaitan
#adik kandung
#Barudin Wariso
#inap desa
#Kuala Selangor
#parang panjang
#pertengkaran
#reman
#suspek
#Tanjung Karang
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan