Skip to main content

Malaysia

Suspek tikam ibu direman seminggu

Polis menjalankan siasatan di rumah seorang wanita warga emas yang ditikam anak perempuannya._Sinar Harian
Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan senjata tajam iaitu alat pembuka tin. - Gambar fail/Sinar Harian

SEREMBAN: Wanita yang dipercayai menikam leher ibunya di Kampung Segineh Inas, Johol di sini semalam, direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Muhammad Mustafah Hussin berkata perintah reman terhadap wanita dalam lingkungan 50-an itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah susulan suspek mengalami masalah kesihatan.

Advertisement

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Muhammad Mustafah mengesahkan seorang wanita dalam lingkungan 80-an cedera dipercayai ditikam dengan alat pembuka tin oleh anak kandungnya yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung pergaduhan di sebuah rumah di kampung itu pada 7.08 malam.

-- BERNAMA

Must Watch Video