MALAYSIA
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Penahanan suspek dibuat bagi membantu polis melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Suspek yang menikam ibunya sehingga mati di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini, direman tujuh hari.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Alor Setar, Nur Syifa Mohd Hamzah, bermula hari ini sehingga 9 Febuari ini bagi polis melengkapkan siasatan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek ditahan malam tadi di Selangor.
Katanya, penahanan suspek dibuat bagi membantu polis melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302.
Astro AWANI pada Isnin melaporkan seorang wanita ditemukan mati dengan tiga kesan tikaman pada badan di dalam bilik tidurnya di sebuah rumah di sini.
Menurut Syed Basri, kejadian itu dipercayai berlaku pada awal pagi sebelum salah seorang anak mangsa menemukan ibunya tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.
Katanya, hasil siasatan, terdapat tiga kesan tikaman iaitu di bahagian atas dada kiri, bahu dan pergelangan tangan.
Turut terdapat kesan luka di bahagian kepala dan muka serta luka kecil dan luka tikaman di tapak tangan kiri.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati beg tangan mangsa berisi barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa didapati hilang.
Syed Basri berkata, mangsa yang maut dikenalpasti Zaharullail Basir, 52, bekerja sebagai eksekutif operasi di sebuah bank dipercayai tinggal di rumah itu bersama tiga anaknya.