awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Alhamdulillah, Allahuakbar – Ucap Jojo selepas raih kemenangan kelapan
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek utama kes bunuh, bakar jurutera didakwa

Hilmi Malik
Hilmi Malik
10/11/2020
07:38 MYT
Suspek utama kes bunuh, bakar jurutera didakwa
Suspek utama kes pembunuhan soerang jurutera di tapak pembinaan dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang hari ini. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
SEPANG:Suspek utama kes pembunuhan melibatkan seorang jurutera di tapak pembinaan pada 28 Oktober lalu didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada Selasa.
Tertuduh, Vijayan Palaniappan, 42, mengangguk tanda faham sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.
Mengikut pertuduhan, Vijayan yang merupakan seorang kontraktor didakwa membunuh dan membakar mangsa, Seri Ganis Kanapthy Pillay pada sekitar pukul 2.30 hingga 4.50 pagi di Taman Kota Warisan, Sepang.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasharina Nazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atas kesalahan membunuh.
Sebelum ini, suspek telah ditahan reman selama 12 hari sejak 29 oktober lalu bagi membantu siasatan kes.
Manakala, dua lagi suspek lain yang ditahan pada 30 oktober lalu akan dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan kes tersebut.
Mahkamah menetapkan tarikh 8 Februari depan untuk sebutan semula kes selain masih menunggu keputusan DNA.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#kes bunuh
#Bunuh Jurutera
#Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan