NATIONAL
Suspek wanita pelanggan terakhir kes simbah asid disiasat
Nor Faziera (kiri) dan suaminya yang menunjukkan spa milik mangsa. -Sinar Harian
KOTA BHARU: Suspek wanita yang dipercayai menjadi pelanggan terakhir kepada pengusaha spa yang disimbah asid di Beris Kubur Besar, Bachok disiasat secara menyeluruh termasuk kandungan dalam telefon bimbitnya.
Ringkasan AI
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, wanita berusia 38 tahun itu dipercayai menghubungi mangsa, Nor Faziera Muda, 27, untuk membuat tempahan perkhidmatan spa sebelum kejadian berlaku pada 17 Mei lalu.
Menurut beliau, wanita terbabit ditahan bersama seorang lelaki berusia 45 tahun yang bekerja di sebuah kilang getah di Kuala Krai, bagi membantu siasatan.
“Semasa kejadian wanita itu berpurdah manakala lelaki pula bertopeng.
“Pihak kami masih menyiasat motif serangan terhadap mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, pihak polis turut memburu seorang lagi individu yang turut dilihat dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Mohd Yusoff berkata, sampel cecair dipercayai asid yang digunakan dalam serangan itu dihantar ke makmal untuk dianalisis.
“Siasatan turut menjurus kepada kemungkinan asid tersebut diperoleh dari kilang terbabit,” katanya.
Dalam kejadian sekitar jam 8.30, mangsa diserang oleh tiga individu yang menyamar sebagai pelanggan semasa berada di spa tersebut.
Sebelum kejadian, mangsa menerima tempahan perkhidmatan spa melalui mesej WhatsApp daripada suspek wanita, namun, semua mesej tempahan tersebut dipadam selepas kejadian.
Akibat kejadian itu, Nor Faziera mengalami kecederaan melecur teruk di bahagian bahu, belakang, lengan dan kaki dirawat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan bahan berbahaya. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Nor Faziera Muda, pengusaha spa di Bachok, diserang dengan asid oleh tiga individu yang menyamar sebagai pelanggan, menyebabkan kecederaan melecur teruk di beberapa bahagian badan.
- Seorang wanita dan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu telah ditahan, dan polis sedang menyiasat motif serangan serta menganalisis kandungan telefon suspek dan sampel asid yang digunakan.
- Polis turut memburu seorang lagi suspek yang dirakam CCTV di lokasi kejadian, dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan bahan berbahaya.