awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Susu Goodday ajak sebarkan kebaikan, bantu golongan memerlukan

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
11/06/2021
13:25 MYT
Susu Goodday ajak sebarkan kebaikan, bantu golongan memerlukan
Pemberian sumbangan kepada Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia menerusi kempen Goodday Sebarkan Kebaikan. - Foto: Susu Goodday
SEMPENA bulan Ramadan yang lalu, Susu Goodday melancarkan kempen ‘Goodday Sebarkan Kebaikan’ bagi menyemarakkan kebaikan dengan berkongsi rezeki dan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.
Kempen dimulakan oleh Penyampai Radio ERA, Radin menerusi program ‘Goodday Turun Padang bersama Radin’ yang diterbitkan dalam dua episod serta disiarkan di Facebook ERA.
Kempen Goodday Turun Padang bersama Radin. - FOTO Susu Goodday
Kempen Goodday Turun Padang bersama Radin. - FOTO Susu Goodday
Program itu mengetengahkan pelbagai aktiviti seperti membersihkan rumah anak yatim di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Rukaiyah dan pemberian juadah berbuka puasa kepada warga emas di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas dan Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.
Memahami situasi semasa dunia ketika ini akibat pandemik COVID-19, Susu Goodday turut mengadakan sesi perkongsian ilmiah menerusi ‘Goodday Renungan Ramadan’ yang disiarkan secara langsung di Facebook ERA pada 29 April lalu, jam 6.30 petang.
Kempen Goodday Renungan Ramadan. - FOTO Susu Goodday
Kempen Goodday Renungan Ramadan. - FOTO Susu Goodday
Perkongsian oleh Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Radin itu membicarakan tentang cara untuk kekal positif semasa pandemik dan usaha mempertingkatkan amal jariah di bulan mulia yang lalu.
Menariknya, menerusi kempen ‘Goodday Beri Balik’ sebagai menutup tirai, Goodday berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM29,118.
Kempen Goodday Beri Balik yang diadakan sehingga 4 Jun ini. - Foto Susu Goodday
Kempen Goodday Beri Balik yang diadakan sehingga 4 Jun ini. - Foto Susu Goodday
Ia dikumpulkan menerusi sokongan dan sumbangan pelanggan setia Susu Goodday yang telah memilih untuk mendermakan hadiah kredit yang diterima kepada rumah warga emas Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia.
Dalam pada itu, kempen ‘Goodday Sebarkan Kebaikan’ merupakan platform bagi mengajak rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam berkongsi rezeki.
Terdahulu, pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh Susu Gooday yang melibatkan rakyat Malaysia termasuk mengadakan sesi moreh secara maya dan kerjasama dengan aplikasi Waze bagi membolehkan orang ramai membeli-belah di pasar raya kurang sesak.
Susu Goodday | Ajak rakyat Malaysia bantu golongan memerlukan
Topic Berkaitan
#Goodday
#Susu Goodday
#Ramadan
#sumbangan
#rakyat Malaysia
#pandemik
#warga emas
#Radin
#era
#anak yatim
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan