[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Susu tiruan: Mead Johnson buka ruangan lapor di laman web

Harits Asyraf Hasnan 12/12/2017 | 07:31 MYT
Ibu bapa atau penjaga bayi yang mengalami kesan alahan seperti kulit melepuh, muntah berterusan atau dehidrasi boleh terus membuat laporan atas talian di portal Mead Johnson. - Gambar fail
Ibu bapa yang was-was dengan produk susu jenama Mead Johnson yang dibeli boleh mengemukakan aduan langsung ke laman web syarikat itu.

Ibu bapa atau penjaga bayi yang mengalami kesan alahan seperti kulit melepuh, muntah berterusan atau dehidrasi boleh terus membuat laporan atas talian di portal Mead Johnson.

Ruang maklum balas akan muncul di skrin utama laman web tersebut bagi memudahkan pengguna membuat aduan.

Anda boleh layari: https://www.enfagrow.com.my/

Atau menerusi aplikasi Facebook: Enfagrow A+ Malaysia

BACA: Mead Johnson keluarkan cara kenal pasti susu formula palsu

Ibu bapa yang was-was dengan produk susu jenama Mead Johnson yang dibeli boleh mengemukakan aduan langsung ke laman web syarikat itu. - Foto laman web Mead Johnson


Ibu bapa yang was-was dengan produk susu jenama Mead Johnson yang dibeli boleh mengemukakan aduan langsung ke laman web syarikat itu. - Foto laman web Mead Johnson
#dehidrasi #kulit melepuh #Mead Johnson #muntah #produk jenama Mead Johnson #Produk Tenusu #susu tiruan