awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan

SUV dinaiki 6 beranak terbabas, kanak-kanak lelaki 4 tahun maut

Radhi Muslim
Radhi Muslim
11/06/2022
02:10 MYT
SUV dinaiki 6 beranak terbabas, kanak-kanak lelaki 4 tahun maut
Kenderaan SUV jenis Toyota Prado dinaiki keluarga itu dipercayai terbabas ke kiri jalan ketika menuruni bukit. -PDRM
BELURAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam satu nahas melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Telupid ke Beluran, pada Jumaat.
Dalam kejadian jam lebih kurang jam 3 petang itu, Muhammad Fahmi Hakimi, 4, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di badan.
Manakala, bapa, ibu dan tiga beradik mangsa hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, sebelum kejadian kenderaan yang dinaiki mangsa bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari arah Ranau menuju ke Sandakan.
Menurutnya, kenderaan SUV jenis Toyota Prado dinaiki keluarga itu dipercayai telah terbabas ke kiri jalan ketika melalui satu jalan menuruni bukit.
"Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku ketika cuaca mendung selepas hujan dan di kawasan jalan berselekoh menuruni bukit.
"Susulan kejadian, semua mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid untuk rawatan lanjut sebelum mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
"Mangsa lain hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kasim berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Muhammad Fahmi Hakimi
#Toyota Prado
#kanak-kanak lelaki maut kemalangan
#Jalan Telupid ke Beluran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.