[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

SUV terbabas di kaki lima kedai ubat

Sinar Harian 28/04/2025 | 10:16 MYT
Kereta SUV terbabas di kaki lima kedai ubat. - Foto PDRM
KUALA PILAH: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Hyundai Santa Fe terbabas di kaki lima sebuah kedai ubat di Pekan Kuala Pilah di Jalan Yam Tuan Raden, di sini selepas kemalangan dengan Toyota Vios pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Sebuah SUV Hyundai Santa Fe terbabas ke kaki lima sebuah kedai ubat di Pekan Kuala Pilah, selepas bertembung dengan Toyota Vios apabila pemandu Vios tidak sempat mengelak SUV yang keluar dari simpang.
  • SUV tersebut turut melanggar sebuah motosikal dan sebuah lagi kereta yang sedang parkir, sebelum terbabas ke kaki lima kedai, namun kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
  • Kes disiasat di bawah Peraturan 3(2)(b) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, dengan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, siasatan awal mendapati kejadian jam 9.15 pagi itu berlaku apabila pemandu Vios yang sedang bergerak terus tidak sempat mengelak SUV yang keluar dari simpang.
"Akibatnya, SUV itu hilang kawalan lalu melanggar sebuah motosikal dan sebuah lagi kereta yang sedang parkir di hadapan bangunan kedai.
"Kenderaan itu kemudiannya terbabas memasuki kaki lima sebuah kedai ubat di tepi jalan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Bagaimanapun, kedua-dua pemandu terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Peraturan 3(2)(b) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -- Sinar Harian
#SUV terbabas #kaki lima kedai ubat #Kuala Pilah #SUV ihilang kawalan