MALAYSIA
Switzerland perkukuh hubungan dengan ASEAN, galak pelancongan bersama Malaysia
Moser berkata Malaysia kekal sebagai pasaran menarik bagi Switzerland berikutan kuasa beli rakyatnya yang meningkat serta minat terhadap pilihan pelancongan lestari dan mesra Muslim. - LinkedIn Chantal Moser
KUALA LUMPUR: Switzerland memperluas kerjasama dengan ASEAN dalam bidang baharu meliputi keamanan dan keselamatan serta latihan vokasional di bawah program kerja komprehensif, kata Duta Besar Switzerland ke Malaysia Chantal Moser.
Beliau berkata pembangunan program berkenaan dilakukan secara bersama dengan negara-negara ASEAN, yang turut memainkan peranan dalam mengenal pasti bidang utama bagi sumbangan Switzerland.
"Itu adalah program kerja yang dibincangkan bersama. Negara-negara ASEAN mengetengahkan bidang yang mereka fikir kami boleh menyumbang dan kami bekerjasama berdasarkan asas itu. Ia merangkumi pelbagai topik.
"Dalam program kerja ini, kami juga menjangkakan kerjasama teknikal dalam bidang yang melangkaui perdagangan dan pelaburan, termasuk keamanan dan keselamatan, pengurusan risiko bencana, perubahan iklim serta latihan vokasional dan pendidikan, bidang yang membolehkan Switzerland berkongsi pengalamannya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Sementara itu, Moser berkata sektor pelancongan kekal sebagai komponen penting ekonomi Switzerland dan antara sektor yang giat dipromosikan secara aktif di luar negara.
"Pelancongan di Switzerland merupakan sektor penting ekonomi kami, menyumbang kira-kira tiga peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan menyediakan banyak peluang pekerjaan, sama ada dalam bidang hospitaliti, restoran, infrastruktur atau pengangkutan terutamanya di kawasan terpencil dan pergunungan Alps.
"Kami memberi penekanan khas kepada pelancongan lestari dan berusaha mempelbagaikan jenis pelancong yang berkunjung. Oleh itu, kami turut meneliti pakej menarik untuk pelancong Muslim supaya mereka berasa selesa melancong ke Switzerland," katanya.
Beliau juga berkata bahawa Kedutaan Switzerland di Malaysia turut menempatkan cawangan Switzerland Tourism, agensi rasmi yang bertanggungjawab mempromosikan Switzerland sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Moser berkata Malaysia kekal sebagai pasaran menarik bagi Switzerland berikutan kuasa beli rakyatnya yang meningkat serta minat terhadap pilihan pelancongan lestari dan mesra Muslim.
"Ketika saya mengadakan lawatan ke seluruh negara, ramai yang memberitahu saya bahawa mereka pernah melancong ke Switzerland dan berkongsi pengalaman positif mereka," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini