awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syabas Liek Hou, sumbang emas kedua di Paralimpik Tokyo - PM

Bernama
Bernama
04/09/2021
10:28 MYT
Syabas Liek Hou, sumbang emas kedua di Paralimpik Tokyo - PM
Cheah Liek Hou memenangi pingat emas kedua buat kontinjen negara setelah berjaya menewaskan lawannya dari Indonesia Dheva Anrimusthi pada perlawanan akhir kategori SU5 temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Yoyogi National Stadium hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan syabas kepada jaguh badminton negara, Cheah Liek Hou, yang telah menyumbangkan emas kedua kepada Keluarga Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo, hari ini.
Menerusi catatan di Facebook rasminya hari ini, beliau berkata prestasi dipamer juara dunia enam kali itu adalah amat menakjubkan.
"Pingat emas buat Malaysia! Atlet paralimpik terus menyumbangkan pingat kepada negara," katanya.
Perdana Menteri berkata semangat dan kecekalan dipamer atlet paralimpik negara menjadi inspirasi buat seluruh warga Keluarga Malaysia.
Liek Hou, pemain nombor dua dunia, menjadi pemenang pingat emas badminton yang pertama di Sukan Paralimpik, selepas menewaskan pemain Indonesia, Anrimusthi Dheva, 21-17, 21-15 pada perlawanan akhir perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), di Yoyogi National Stadium.
Dengan kemenangan itu, Malaysia kini mempunyai dua pingat emas selepas emas pertama dimenangi atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin dalam acara lelaki 72 kilogram (kg) pada 28 Ogos.
Selain itu kontinjen negara juga memperoleh dua pingat perak menerusi rakan sepasukan Bonnie, Jong Yee Khie dalam acara 107kg pada Isnin (30 Ogos) dan Chew Wei Lun dalam sukan boccia individu campuran BC1 (kecacatan fizikal) pada Rabu (1 Sept).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#jaguh badminton negara
#Cheah Liek Hou
#emas kedua
#Paralimpik Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan