awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SYABAS: Tiada penghantaran bekalan air di semua kawasan catuan

Astro Awani
Astro Awani
16/03/2014
09:09 MYT
SYABAS: Tiada penghantaran bekalan air di semua kawasan catuan
Gambar Fail
Tiada penghantaran bekalan air melalui lori-lori tangki atau air statik di semua kawasan catuan kerana pelan catuan yang dijalankan merupakan pelan menghadkan bekalan air mengikut jadual yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) akan mempertimbangkan menghantar bekalan air kecemasan mengikut keutamaan seperti upacara kematian, kenduri, pusat dialisis, hospital (kerajaan / swasta) atau di rumah-rumah kebajikan.
SYABAS turut memaklumkan dalam satu kenyataan media bahawa perlaksanaan kedua-dua Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga di sembilan wilayang di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berjalan seperti yang dirancang.
Menurut Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam (SYABAS), Priscilla Alfred perlaksanaan ini adalah susulan keputusan kerajaan negeri Selangor mengurangkan perlepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates masing-masing sebanyak 500 Juta Liter Sehari (JLH) dan 30 JLH serta penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ekoran pencemaran air mentah.
Oleh itu, SYABAS berharap para pengguna dapat beri kerjasama penuh dalam usaha mengurangkan penggunaan bekalan air dan terus berjimat cermat bagi membolehkan bekalan air sediada dapat bertahan lebih lama lagi.
SYABAS juga mengingatkan agar tidak melakukan kerosakan ke atas fasiliti dan infrastruktur bekalan air kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada pengguna lain.
Untuk maklumat lebih lanjut layari laman web SYABAS.
Topic Berkaitan
#air
#catuan air
#SYABAS
#Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan