awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syahir tolak tawaran debat Rafizi

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2023
07:51 MYT
Syahir tolak tawaran debat Rafizi
Pada Ahad, Rafizi mencabar Mohd Syahir untuk berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan bahawa tawarannya untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi bersama ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman telah ditolak.
Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR memaklumkan bahawa tiada pihak dalam Perikatan Nasional (PN) menyahut cabarannya untuk berdebat berkenaan ekonomi negara.
“Saya sudah hantar surat kepada Syahir. Dari mantan Menteri Ekonomi PN ke panglima PN ke ekonomis teknokrat paling cerdik PN, semua tidak berani bentang agenda ekonomi mereka.
“Nak ke bulan konon nak menang, perancangan rakyat tak keruan sembang kencang,” pantun balas beliau kepada Syahir dalam hantarannya di Twitter pada Isnin.
Pada Ahad, Rafizi mencabar Mohd Syahir untuk berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi.
Cabaran itu diutarakan Rafizi selepas bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak berdebat dengannya.
Saya dah hantar surat kepada @syahirnomic Dari mantan menteri ekonomi PN ke panglima PN ke ekonomis teknokrat paling cerdik PN - semua tidak berani bentang agenda ekonomi mereka. Pantun balas: Nak ke bulan konon nak menang Perancangan rakyat tak keruan sembang kencang pic.twitter.com/8b3gid8VmQ
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) July 31, 2023
Sementara itu, dalam surat balas yang didedahkan Rafizi, Mohd Syahir berkata, beliau sependapat dengan Sanusi iaitu lebih baik memberikan fokus masa tenaga dan masa untuk berkhidmat dan menyelesaikan masalah rakyat.
Menurut Mohd Syahir, beliau bagaimanapun sentiasa bersedia untuk berwacana dengan mana-mana pihak seperti yang dilakukannya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu secara terbuka, matang dan harmoni.
“Pertamanya, setinggi penghargaan di atas undangan dan pengiktirafan yang diberikan ini.
“Pada hemat saya, adalah lebih baik kita fokuskan masa dan tenaga yang berbaki ini untuk bekerja dan berkhidmat bagi menyelesaikan segala tugasan dan permasalahan yang menanti,” ujarnya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Syahir Sulaiman
#tolak debat
#debat hal ehwal ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan