awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai talak satu

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2024
04:28 MYT
Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai talak satu
Syamsul Yusof (kiri) dan Ira Kazar (kanan) sah bercerai talak satu. -Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar, di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan bahawa Syamsul Yusof dan Ira Kazar telah bercerai dengan talak satu selepas Ira melanggar taklik sebanyak lima kali melalui hantaran di media sosial.
  • Hakim Syarie Mohd Faizal Habib berpuas hati dengan pengakuan Ira, dan tempoh idah Ira bermula pada tarikh pelanggaran taklik, iaitu 14 Ogos lalu.
  • Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand, dan perceraian ini difailkan oleh Syamsul di Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada 19 Ogos lalu.

Hakim Syarie Mohd Faizal Habib membuat pengesahan cerai itu selepas berpuas hati dengan pengakuan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, selepas wujud pelanggaran taklik, lapor Sinar Harian.
Peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Rais berkata, mahkamah mengesahkan berlakunya pelanggaran lafaz taklik selepas Ira mengakui membuat hantaran di media sosial.
"Ira telah melanggar taklik sebanyak lima kali selepas membuat hantaran di media sosial dalam keadaan rela dan tanpa paksaan bermula 14 Ogos lalu.
"Tempoh idah Ira juga bermula pada tarikh pelanggaran taklik (14 Ogos lalu)," katanya ketika ditemui sebentar tadi.
Sementara itu, peguam syarie, Muhammad Fadhil Abd Razak yang mewakili Ira berkata, mahkamah telah mendapati penceraian pasangan itu telah berlaku di luar mahkamah, dan dengan keputusan hari ini, kes cerai kedua-dua mereka kini selesai.
Terdahulu Syamsul, 40, atau nama sebenar Mohd Syamsul Mohd Yusof memfailkan perceraian ke atas Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, 19 Ogos lalu.
Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Topic Berkaitan
#Syamsul Yusof
#Ira Kazar
#pelanggaran taklik
#cerai talak satu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan