PUTRAJAYA:Kerajaan akan memberikan kuota penggajian pekerja asing yang baharu kepada syarikat-syarikat yang ingin membiayai kos penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI).
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ia bagi menyelesaikan isu lambakan PATI di depoh tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan isu kekurangan tenaga kerja asing.
"Mesyuarat secara dasar turut bersetuju untuk meneliti cadangan supaya majikan dari kalangan syarikat-syarikat besar dibenarkan untuk membiayai kos penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada dalam tahanan depot.
"Sebagai timbal balas, syarikat akan diberikan kuota penggajian pekerja asing yang baharu melalui tapisan yang ketat mengikut prosedur operasi standard COVID-19," katanya.
Bagaimanapun, ujar Hamzah, penggajian tenaga kerja asing baharu itu perlu melalui tapisan yang ketat mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Jelasnya lagi, perkara itu akan dibawa ke peringkat kabinet untuk diperincikan dalam masa terdekat.
Tambah Hamzah, daripada jumlah PATI yang ditahan di depoh tahanan ketika ini, hanya 15 peratus yang boleh dibenarkan bekerja manakala selebihnya didapati menyalahi undang-undang di negara ini.
"Kita ada lebih 20,000 PATI, hanya 15 peratus boleh digunakan sebagai tenaga kerja, yang lain itu ada masalah dan kita tidak benarkan bekerja semula. Mereka itu kita perlu hantar pulang ke negara asal.
"Jika majikan mahu menggajikan pekerja asing dengan cepat, mereka boleh usaha ini," katanya lagi.
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata majikan yang ingin menyertai program berkenaan boleh berhubung dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan JIM.
"Program ini bertujuan untuk membantu industri yang terkesan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dan meneruskan kelangsungan operasi perniagaan.
"Mesyuarat juga bersetuju supaya dikaji cadangan untuk menempatkan seramai 2,600 tahanan warga asing di depoh tahanan JIM kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
"JTKSM dan JIM akan membangunkan mekanisme pelaksanaan cadangan ini," kata Saravanan lagi.
Fareez Azman
Thu Dec 03 2020

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ia bagi menyelesaikan isu lambakan PATI di depoh tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan isu kekurangan tenaga kerja asing. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

PdPR | ADUN Ayer Hitam sedia pusat pembelajaran
Memahami keperitan serta kepayahan pelajar dan guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang sedang dilaksanakan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Azhar Ibrahim menyediakan pusat pembelajaran bagi meneruskan sesi persekolahan mereka.

Iman Troye guna media sosial interaksi dengan peminat
Perintah Kawalan Pergerakan tidak menghalang penggiat seni seperti Iman Troye untuk berinteraksi dan meneruskan aktiviti seni melalui media sosial.

Mudahkan PdP: KPT sedang dapatkan tawaran terbaik pelan data, peranti
KPT komited untuk memastikan semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mampu mendapatkan capaian internet walau di mana sahaja mereka berada.

AWANI Ringkas: UMNO cadang kerajaan sediakan kupon subsidi laptop | Cubaan seludup ayam sejuk beku digagalkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Polis PJ siasat 78 kes tipu, menyamar rakan, saudara
Polis Petaling Jaya membuka 78 kertas siasatan berhubung kes individu menyamar sebagai kenalan untuk menipu bagi mendapatkan wang yang melibatkan kerugian kira-kira RM250,000 sejak Januari tahun lalu.

Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin

Saima Mohsin wanita Muslim pertama jadi Peguam Negara AS
Peguam Negara AS juga merupakan ketua penguatkuasaan undang-undang Federal di kawasan mereka

Cabaran Artis Muda | Iman Troye rangka strategi sepanjang PKP
Menjadi penyanyi baru saat pandemik melanda negara semestinya mempunyai cabaran yang tersendiri. Bagi penyanyi yang tersenarai sebagai bintang 2021, Iman Troye, strategi tepat perlu dirangka bagi memastikan peminat terus mengikuti perkembangan kerjaya seninya.

COVID-19: Individu pernah ke kawasan berisiko diminta segera buat saringan - Pengarah Kesihatan Sarawak
Sesiapa yang telah ke tempat berisiko sama ada untuk mengunjungi ahli keluarga, rakan, atau menghadiri sebarang majlis seperti perkahwinan atau pengebumian pergi membuat saringan.

PdPR | MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memandang serius akan rungutan pelbagai pihak mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

Syarikat biayai kos penghantaran pulang PATI akan diberi kuota penggajian baharu
Kerajaan akan memberikan kuota penggajian pekerja asing yang baharu kepada syarikat-syarikat yang ingin membiayai kos penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI).

Majikan wajib bayar levi pekerja asing bermula 1 Januari
Semua majikan mesti menanggung pembayaran levi pekerja asing baharu dan pekerja asing yang telah memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)