Sebuah syarikat pembuatan semula kotak gear dari China akan melabur RM28 juta menerusi pembukaan kilang operasinya di Iskandar Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti, Jimmy Puah Wee Tse berkata perbincangan mengenai pelaburan itu kini sedang di peringkat akhir.
"Pelaburan yang akan mempunyai tiga fasa itu dijangka akan memulakan operasinya tahun ini di kawasan Iskandar Malaysia.
"Keseluruhan hasil pengeluaran kotak gear oleh syarikat ini akan dieksport ke Amerika Syarikat (AS) dan nilai pengeluaran dijangka mencecah AS$7 juta dalam tempoh satu tahun," katanya dalam kenyataan hari ini sebagai mengulas hasil misi pelaburan ke China oleh delegasi kerajaan Johor pada 27 Mac hingga 2 April lepas.
Puah berkata pelaburan itu juga akan mewujudkan kira-kira 60 peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat tempatan.
Beliau berkata delegasi lawatan turut melawat beberapa kilang pembuatan perabot tersuai di Hangzhou dan Suzhou untuk membincangkan peluang pelaburan di Johor.
"Kita telah membentangkan kelebihan Johor dari segi kedudukan geografi, kemudahan logistik dan insentif yang bakal diterima pelabur. Hasil pertemuan singkat tersebut, dua syarikat perabot menyatakan minat untuk mengembangkan perniagaan mereka ke Johor," kata Puah.
Selain perbincangan mengenai pelaburan, delegasi itu turut mengadakan lawatan ke kilang pembuatan yang menggunakan teknologi 4.0, antaranya robotik, Objek Rangkaian Internet, data raya di Hebei, Wuhan.
Kilang tersebut merupakan kilang perabot pertama di China yang mengguna pakai sistem automasi keseluruhan untuk mengeluarkan perabot.
"Kilang seperti ini boleh menjadi satu contoh dan memberikan inspirasi kepada industri perabot di Muar untuk melakukan tranformasi model perniagaan mereka.
"Kilang pembuatan yang mengguna pakai teknologi 4.0 bukan sahaja dapat mengelakkan pergantungan pekerja asing, tetapi juga membantu usahawan tempatan menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan meminimumkan kos perniagaan dalam jangka panjang supaya meningkatkan daya saing industri perabot Muar di peringkat global, " kata Puah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2019

Pelaburan yang akan mempunyai tiga fasa itu dijangka akan memulakan operasinya tahun ini di kawasan Iskandar Malaysia.

Suruhanjaya Sekuriti tambah 3 lagi entiti ke dalam senarai amaran pelabur
Senarai Makluman Pelabur mengandungi senarai tapak web yang tidak dibenarkan, produk pelaburan, syarikat dan individu.

Polis siasat dakwaan pengadu berpakaian cosplay 'disekolahkan' ketika buat laporan
Siasatan tatatertib telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Petaling Jaya.

Petronas Chemicals beli firma Sweden Perstorp bernilai RM10.5 bilion
Pembelian itu meletakkan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak 2.30 bilion euro atau RM10.5 bilion.

Politik Dunia | Orbán angkat sumpah PM Hungary untuk penggal ke-5
Veteran politik Viktor Orbán semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Hungary buat kali kelima. Dalam ucapannya, Orbán memberi amaran bahawa masa sukar menanti Hungary, merujuk kepada isu ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan kesan konflik Rusia-Ukraine.

Politik Lubnan | PPB syor Lubnan kerajaan inklusif
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu. Guterres membuat cadangan tersebut sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

COVID-19 | PBB tawar sokongan kepada Korea Utara
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran pada Selasa mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Korea Utara. Memburukkan keadaan, penduduknya yang tidak divaksin akan mendedahkan mereka kepada komplikasi teruk.

COVID-19 | AS tingkat penggunaan Paxlovid sehingga 315 peratus
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mendedahkan, penggunaan ubat antiviral COVID-19 Pfizer, Paxlovid telah melonjak 315 peratus sejak empat minggu lalu. Hampir 115,000 pil telah dikeluarkan pada minggu pertama Mei.

COVID-19 | Indonesia gugur mandat pelitup muka
Indonesia bakal menggugurkan syarat bagi orang ramai memakai pelitup muka di luar rumah dan pengembara yang diberi vaksin menunjukkan ujian pra-berlepas negative. Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 1,469 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,623 kes, daripada 4.47 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.

Malaysia berada di landasan capai sasaran pertumbuhan ekonomi tahun ini - Tengku Zafrul
Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan disokong oleh dasar fiskal pengembangan kerajaan serta dasar monetari akomodatif.

Tourism Malaysia lancar Pelan Pemulihan Pelancongan 2022
Pelan pemulihan itu adalah kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) dan melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.

Malaysia tidak berisiko terhadap kemelesetan ekonomi - Tengku Zafrul
Perbincangan mengenai kemelesetan ekonomi ketika ini adalah bersifat pramatang.

Ringgit dijangka menurun berikutan kekurangan pemangkin minggu hadapan
Penganalisis itu berkata terdapat pelbagai faktor yang dilihat memberi kesan negatif kepada momentum pemulihan ekonomi.

Ekonomi suku kedua diunjur kukuh, di sebalik cabaran luaran - Mustapa
Pembukaan semula sempadan dijangka dapat memulihkan sektor pelancongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sejak Mac 2020.

Tekanan inflasi, kos sara hidup dijangka meruncing suku kedua tahun ini - Pakar ekonomi
Angka pertumbuhan ekonomi Malaysia diramal terus meningkat pada suku kedua tahun ini susulan prestasi suku pertama 2022 yang memberangsangkan.

Penganalisis, ahli ekonomi terus yakin terhadap prospek ekonomi Malaysia
Penganalisis dan ahli ekonomi terus yakin dengan prospek ekonomi Malaysia, menunjukkan bahawa permintaan domestik dan sektor swasta akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

Ekonomi Malaysia meneruskan momentum pemulihan - Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia dijangka meneruskan momentum pemulihannya tahun ini, menyaksikan prestasi positif suku pertama 2022 (S1 2022) yang berkembang lima peratus.

Tambat ringgit beri risiko besar kepada negara - Gabenor BNM
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepada sentimen pelabur.

Ekonomi Malaysia catat pertumbuhan KDNK 5 peratus suku pertama 2022
Pertumbuhan ini disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik.