JAKARTA: Kedutaan Malaysia menyalurkan sumbangan RM228,000 untuk bantuan bencana dan kemanusiaan di daerah Cianjur wilayah Jawa Barat yang dilanda gempa bumi.
Bekalan makanan dan perubatan disumbang syarikat Malaysia, PT Minamas Plantation (Sime Darby) dan PT Errita Pharma (Pharmaniaga), masing-masing bernilai RM134,000 dan RM89,400.
Sumbangan wang tunai RM4,300 diterima daripada Malaysia Club Jakarta yang dianggotai diaspora Malaysia di Jakarta, kata Kuasa Usaha Sementara kedutaan di Jakarta, Adlan Mohd Shaffieq.
Dalam satu kenyataan, Adlan berkata, beliau dan delegasi pada Jumaat meninjau kawasan terjejas dan menyerahkan wang tunai serta barang keperluan kepada Pejabat Daerah Cianjur.
Adlan turut diundang Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil untuk menghadiri mesyuarat penyelarasan pengurusan bencana yang dipengerusikan gubernur itu.
Semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Ridwan Kamil di Bandung pada Khamis, Adlan berkata, kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
"Kami bersolidariti dengan rakyat Indonesia dan komited untuk memberikan bantuan segera yang diperlukan untuk mangsa," katanya.
Sekurang-kurangnya 272 maut dan 39 masih hilang dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 5.6 di daratan pergunungan Cianjur yang merosakkan bangunan, rumah serta menyebabkan tanah runtuh.
Terdapat 59 kanak-kanak terkorban, kebanyakan pelajar sekolah yang dalam sesi pembelajaran ketika gempa bumi melanda.
Agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik (BMKG) Indonesia merekodkan 236 gegaran susulan selepas gempa bumi pada Isnin dan yang terbaharu bermagnitud 4.1 pada 1.44 pagi tadi waktu tempatan. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022
Adlan Mohd Shaffieq (dua dari kanan) berkata, bekalan makanan dan perubatan disumbang syarikat Malaysia, PT Minamas Plantation (Sime Darby) dan PT Errita Pharma (Pharmaniaga). - Gambar Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Gempa bumi Indonesia: Mangsa dalam bengkel sebelum runtuhan
Sekurang-kurangnya 46 orang maut manakala 700 lagi cedera akibat gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda daerah Cianjur, wilayah Jawa Barat.