MALAYSIA
Syarikat e-dagang terbesar China mahu kembangkan perniagaan di Malaysia – PM Anwar
Perdana Menteri (tengah) mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan JD.com selama setengah jam di Beijing, pada Selasa. - Foto Bernama
BEIJING: Malaysia dijangka menerima lonjakan dalam pelaburan asing luar (FDI) apabila syarikat e-dagang terbesar China, JD.com telah menyatakan hasrat untuk mengembangkan perniagaannya, khususnya dalam bidang logistik.
Ringkasan AI
Dalam kenyataan yang dikongsikan di laman media sosial, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menyambut baik hasrat tersebut, mengambil kira kedudukan strategik negara yang berpotensi menjadi hab logistik rantau Asia Tenggara
“(Ini) sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. Pada masa yang sama. JD.com juga berhasrat membeli lebih banyak produk Malaysia untuk dipasarkan di China,” katanya lagi.
Terdahulu Perdana Menteri bersama-sama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan JD.com selama setengah jam di Beijing, pada Selasa.
Manakala delegasi pengurusan JD.com diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif JD Logistics, Hu Wei, yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Strategi Kumpulan.
JD.com yang diasaskan pada tahun 1998, tersenarai dalam NASDAQ 100 serta berstatuskan Fortune Global 500, dan merupakan peruncit e-dagang terbesar di China yang memberikan khidmat kepada lebih 580 juta pembeli di seluruh China.
Syarikat itu mengendalikan infrastruktur pemenuhan terbesar di China, yang membolehkan 90 peratus pesanan dihantar pada hari yang sama atau keesokannya.
Dalam pada itu Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dengan China Semiconductor Industry Association (CSIA), badan induk yang menaungi lebih 1,400 syarikat semikonduktor China.
“Dalam pertemuan ini, saya tegaskan iltizam Malaysia untuk menjadi pemain utama semikonduktor global, seperti yang digariskan dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
“Sebagai sebuah ekonomi terbuka, Kerajaan MADANI akan terus menarik pelaburan berkualiti, meneroka peluang baharu dan membangunkan sektor strategik demi kemakmuran rakyat dan masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” katanya lagi.
Pertemuan dengan CSIA itu menarik minat pemerhati teknologi, memandangkan Malaysia bakal mewujudkan Taman Reka Cip Kedua di Cyberjaya dengan jangkaan pembinaan seawal suku pertama 2026, sebagai sebahagian daripada NSS dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab neutral dan strategik dalam rantaian bekalan cip global.
Sementara itu, selain pertemuan bersama pemain industri, tumpuan hari ketiga lawatan kerja Perdana Menteri di China terarah kepada kunjungan hormat Perdana Menteri terhadap Presiden Xi Jinping di Great Hall of the People pada 6 petang, yang menzahirkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan Kuala Lumpur-Beijing yang sekian lama terjalin.
Memetik laporan Bernama, pertemuan ini ialah kali keempat kedua-dua pemimpin bertemu secara bersemuka selepas perjumpaan di Putrajaya bersempena dengan lawatan negara Xi ke Malaysia pada April lepas.
Selepas itu, Anwar akan bertemu dengan Perdana Menteri China, Li Qiang untuk mesyuarat dua hala, diikuti majlis makan malam khas yang dihoskan oleh Li bagi meraikan Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Rumah Tamu Negara Diaoyutai.
Duta Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad berkata, majlis makan malam itu yang dianjurkan bagi pihak Xi, ialah satu-satunya majlis eksklusif yang dihoskan oleh kerajaan China untuk pemimpin yang berkunjung ke negara itu, dalam tempoh ini.
Ringkasan AI
- JD.com, syarikat e-dagang terbesar China, berhasrat melabur di Malaysia dalam sektor logistik dan membeli lebih banyak produk tempatan untuk pasaran China, membuka peluang pekerjaan baharu.
- Malaysia turut menarik minat industri semikonduktor China melalui pertemuan dengan CSIA, selaras dengan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan rancangan pembinaan Taman Reka Cip Kedua di Cyberjaya.
- Lawatan kerja Perdana Menteri ke China turut merangkumi pertemuan rasmi dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang, menzahirkan komitmen memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-China.