awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Ifa Raziah menangis berpisah dengan pembantu rumah, anggap seperti keluarga
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat e-hailing disaran tumpu pelanggan pusat hiburan, kekang isu pemandu mabuk

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/08/2020
04:06 MYT
Syarikat e-hailing disaran tumpu pelanggan pusat hiburan, kekang isu pemandu mabuk
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, usaha itu merupakan salah satu alternatif bagi mengekang berlakunya insiden pemandu mabuk. - Gambar fail
Kementerian Pengangkutan menggalakkan syarikat perkhidmatan e-hailing agar melakukan promosi secara besar-besaran bagi menyediakan perkhidmatan mereka khsususnya kepada pelanggan di pusat hiburan.
Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, usaha itu merupakan salah satu alternatif bagi mengekang berlakunya insiden pemandu mabuk.
"Kita memang galakkan Grab rancakkan kempen guna perkhidmatan mereka. Kita akan guna kempen ini secara besar-besaran," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Wee Ka Siong turut memaklumkan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan penggunaan alat pengukur kandungan alkohol bagi tujuan saringan.
Katanya, wujud kesedaran dalam kalangan pemilik premis pusat hiburan yang telah menggunakan alat tersebut dan apa yang menjadi keutamaan apabila mereka telah minum (alkohol) sememangnya tidak dibenarkan untuk memandu.
"Itu kita sudah syaratkan dalam kempen kita, supaya tidak kira siapa pun mereka, menasihatkan supaya patuh kepada Akta 333 (Akta Pengangkutan Jalan 1987)," katanya.
Setakat ini, pihaknya telah mengarahkan kesemua agensi utama termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk menggiatkan lagi aktiviti dan program pendidikan berhubung kesedaran keselamatan jalan raya.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#e-hailing
#grab
#kemalangan
#pemandu mabuk
#pusat hiburan
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan