awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat konsesi tekad pelaksanaan sistem pembayaran terbuka tol lancar

Bernama
Bernama
23/03/2023
12:24 MYT
Syarikat konsesi tekad pelaksanaan sistem pembayaran terbuka tol lancar
Syarikat konsesi memuji inisiatif kerajaan dan komited sepenuhnya dalam memastikan kelancaran pelaksanaan sistem pembayaran terbuka untuk tol di lebuh raya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: IJM Corporation Bhd, pengendali Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE), menyokong penuh insiatif kerajaan memberikan pengguna lebuh raya lebih banyak pilihan sistem bayaran termasuk melalui kad debit dan kredit.
Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff, berkata syarikat konsesi memuji inisiatif kerajaan dan komited sepenuhnya dalam memastikan kelancaran pelaksanaan sistem pembayaran terbuka untuk tol di lebuh raya.
"Melalui inisiatif ini, pengguna lebuh raya boleh menggunakan kad debit atau kredit, antara lain, sebagai kaedah pembayaran tol," katanya, dalam kenyataan. di sini, hari ini.
Menurut Wan Salwani, syarikat konsesi telah mengadakan pelbagai perbincangan dengan Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia serta pihak lain yang berkaitan sejak awal tahun ini mengenai perancangan sistem pembayaran terbuka.
"Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) ada menyebut bahawa menjelang September ini, sistem pembayaran terbuka akan disediakan kepada orang ramai dan oleh itu kami berusaha untuk memenuhi garis masa tersebut," katanya.
Selain lebuh raya BESRAYA dan NPE, sistem pembayaran terbuka tersebut turut melibatkan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur dan Lebuh Raya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Besraya
#NPE
#kad kredit
#lebuh raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan