MALAYSIA

Syarikat pengangkutan perlu pastikan pemandu bebas dadah - Anthony Loke

Asyraf Malik 05/02/2026 | 07:40 MYT
Loke (tengah) beri peringatan kepada syarikat pengangkutan kenderaan berat untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu. -Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Syarikat pengangkutan kenderaan berat perlu bertanggungjawab memastikan setiap pemandu mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah melalui pemantauan dan saringan berkala.


Ringkasan AI
  • Syarikat pengangkutan kenderaan berat perlu bertanggungjawab memastikan pemandu mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah melalui pemantauan dan saringan berkala.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengungkapkan bahawa 261 pemandu kenderaan berat dikenal pasti terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak lima tahun lalu, menekankan perlunya tindakan serius daripada pihak berkuasa dan syarikat pengendali.
  • Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail, menyatakan bahawa operasi penguatkuasaan terhadap pemandu kenderaan berat, terutamanya pemandu lori, akan ditingkatkan bagi meredakan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di kalangan mereka.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata demikian susulan rekod Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang mendedahkan 261 pemandu kenderaan berat dikenal pasti terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak lima tahun lalu.

"Memang sejak tahun lepas banyak operasi bersepadu kita lakukan antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan juga AADK. Kita kesan ada sebilangan pemandu kenderaan berat yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

"Kita mengambil serius perkara ini. Bukan sahaja pihak berkuasa, syarikat pengendali kenderaan berat juga perlu ada tindakan ataupun perancangan untuk memastikan pemandu mereka bebas daripada dadah.

“Tabiat ini membahayakan pengguna jalan raya lain dan perlu dipandang serius,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Sesi Pengenalan Penjejak Penjimatan My50 serta pendigitalan Pas Rapid Kota dan Rapid Kembara, hari ini.

Sementara itu, Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail, berkata pihaknya akan mempertingkat operasi penguatkuasaan terhadap pemandu kenderaan berat, khususnya pemandu lori, berikutan kebimbangan terhadap trend penyalahgunaan dadah dalam kalangan mereka.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang mendedahkan jumlah pemandu kenderaan berat yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah?
    A: Rekod Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan 261 pemandu kenderaan berat terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak lima tahun lalu.
  • Q: Apakah tindakan yang perlu diambil oleh syarikat pengendali kenderaan berat bagi memastikan pemandu mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah?
    A: Syarikat pengendali kenderaan berat perlu memastikan setiap pemandu mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah melalui pemantauan dan saringan berkala.
  • Q: Apakah langkah yang akan diambil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu kenderaan berat?
    A: JPJ akan mempertingkat operasi penguatkuasaan terhadap pemandu kenderaan berat, terutamanya pemandu lori, berikutan kebimbangan terhadap trend penyalahgunaan dadah dalam kalangan mereka.



#pemandu kenderaan berat #AADK #JPJ #Anthony Loke #penyalahgunaan dadah