awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat perancang perkahwinan didakwa tipu 60 pasangan pengantin

Bernama
Bernama
22/04/2016
14:01 MYT
Syarikat perancang perkahwinan didakwa tipu 60 pasangan pengantin
Syarikat tersebut menggunakan nama yang berbeza dalam setiap ekspo yang disertai bagi mengelak dikesan. - Gambar hiasan
Sebuah syarikat perancang perkahwinan didakwa telah menipu pelanggannya dengan menawarkan pakej perkahwinan murah sebelum bertindak menghilangkan diri.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan turut mendakwa terdapat hampir 60 pasangan telah ditipu syarikat berkenaan sejak tahun lepas.
"Setakat ini, kami menerima 10 aduan dari mangsa syarikat itu dan kami yakin lebih ramai akan tampil membuat aduan.
"Pakej yang ditawarkan syarikat itu termasuklah dua set pakaian pengantin, pelamin, jurugambar, pintu gerbang, solekan dan 'photo booth'... kesemuanya ini hanya dikenakan dengan serendah RM1,000 hingga RM3,000," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Nadzim berkata modus operandi yang digunakan syarikat itu adalah dengan menyertai ekspo perkahwinan yang besar untuk mencari mangsa yang ingin berkahwin.
"Melalui ekspo itu, mangsa dikehendaki membayar sebanyak RM200 sebagai wang pendahuluan dan diminta menyelesai kesemua baki bayaran dalam tempoh sebulan," katanya sambil menambah syarikat itu turut menggunakan nama yang berbeza di setiap ekspo yang disertai bagi mengelak daripada dikesan mangsa sebelum ini.
Salah seorang mangsa, Siti Zulekha Ibrahim, 31, yang hadir pada sidang media itu mendakwa beliau beberapa kali telah cuba menghubungi wakil syarikat berkenaan, namun tidak berhasil.
"Perkara ini telah dirujuk kepada Pihak Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, namun tribunal memaklumkan tiada sebarang tindakan dapat diambil kerana syarikat berkenaan yang beralamat di Temerloh, Pahang dan Bangi, Selangor telah berpindah dan tidak dapat dikesan.
"Saya dan beberapa mangsa yang lain turut membuat beberapa laporan polis bagi mengelak syarikat ini terus menipu orang ramai," katanya.
Topic Berkaitan
#ditipu syarikat perancang perkahwinan
#ekspo perkahwinan
#kerja kahwin
#perancangan perkahwinan
#syarikat perancang perkahwinan palsu
#tribunal pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan