awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat perniagaan restoran, tiga pengarah didakwa gagal kemuka dokumen kepada Kastam

Bernama
Bernama
24/11/2025
07:00 MYT
Syarikat perniagaan restoran, tiga pengarah didakwa gagal kemuka dokumen kepada Kastam
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal mengemukakan dokumen yang diminta oleh pegawai kastam seperti kehendak Seksyen 57(2) Akta Cukai Perkhidmatan 2018. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Sebuah syarikat yang mengusahakan restoran dan tiga pengarahnya termasuk seorang warga Syria hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan gagal mengemukakan dokumen berkaitan kepada pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Alshhba Group Sdn Bhd, Nooraishah Hazis, 56, Mohd Zamberi Mohd Soriji, 53, dan Mahmoud Sheikh Albasatna, 30, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal mengemukakan dokumen yang diminta oleh pegawai kastam seperti kehendak Seksyen 57(2) Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
Nooraishah turut berdepan satu lagi pertuduhan serupa.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di JKDM, Cawangan Audit Import dan SST, Kompleks Kastam Seberang Jaya, Jalan Perpustakaan Lebuh Tenggiri 2, Seberang Perai Tengah pada 1 Mei 2025.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKDM Mohd Safwan Fathy Yahaya manakala kesemua OKS tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 19 Jan 2026 sebagai sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKDM
#syarikat restoran didakwa di mahkamah
#pulau pinang
#Alshhba Group
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan