awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat sektor pelancongan dan kebudayaan dibenar beroperasi tanpa CIMS

Bernama
Bernama
13/10/2021
04:39 MYT
Syarikat sektor pelancongan dan kebudayaan dibenar beroperasi tanpa CIMS
Kebenaran itu tertakluk kepada syarat lengkap vaksinasi bagi semua pekerja dan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ketat.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Syarikat dan premis perniagaan di bawah subsektor pelancongan dan kebudayaan kini dibenarkan beroperasi tanpa perlu membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Pintar COVID-19 (CIMS) berkuat kuasa serta-merta.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kebenaran itu tertakluk kepada syarat lengkap vaksinasi bagi semua pekerja dan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Setiap syarikat atau premis perniagaan juga perlu memastikan jumlah pekerja tidak melebihi kapasiti maksimum dibenarkan, selain perlu mempamerkan salinan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia terkini dan lesen perniagaan premis daripada pihak berkuasa tempatan yang masih sah.
MOTAC menegaskan pihak industri bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi syarat ditetapkan kerajaan dan kompaun kesalahan selaras dengan Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) akan dikenakan jika gagal mematuhi syarat ditetapkan.
"Justeru, pihak industri juga dipohon untuk memberikan kerjasama bagi memastikan pematuhan terhadap SOP dan lain-lain arahan kerajaan yang dikeluarkan melalui Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa," menurut MOTAC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#MOTAC
#CIMS
#Majlis Keselamatan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan