SHAH ALAM: Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkuat kuasa Khamis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, memaklumkan bahawa pelantikan ini dibuat selepas mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
"Syed Kamarulzaman adalah seorang jurutera elektronik dan komputer dan telah bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama lebih dari 33 tahun.
"Beliau merupakan seorang tokoh dan intelektual Islam yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi selain memikul amanah sebagai panel pemikir dan penasihat kepada beberapa organisasi antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.
Jelas Mohd Na'im lagi, Syed Kamarulzaman juga adalah Yang Dipertua Persatuan Falak dan Syarie Malaysia di mana beliau telah terlibat dalam mereka bentuk dan membina jam matahari selama hampir 15 tahun.
"Jam mataharinya dirancang untuk menjadi arca berfungsi yang boleh dijadikan sebagai alat bantu pedagogi dalam mengajar astronomi. Mizwalah TaHa yang direka beliau telah memenangi penghargaan dan anugerah di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2023, beliau menerima Anugerah Maulidur Rasul 2023 atas jasa dan bakti dalam membangunkan bidang astronomi Islam di Malaysia.
"Sesungguhnya pengalaman luas Tuan Haji Syed Kamarulzaman seorang tokoh dan intelektual Islam amat berharga dalam meneruskan kecemerlangan MAIWP," katanya.
Dalam pada masa yang sama, beliau juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Daud Bakar atas segala jasa bakti dalam perkhidmatan yang diberikan dalam memimpin MAIWP bagi sesi 2021-2024.
"Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mendoakan agar beliau akan terus diberikan bimbingan dan taufik daripada ALLAH untuk memikul amanah besar ini demi memartabatkan Islam dan umat Islam," katanya.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 15 2024
Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkuat kuasa Khamis. - Sinar Harian
Telefon bimbit anak KPD Lahad Datu masih dalam siasatan forensik
Polis masih menunggu laporan forensik berhubung isi kandungan telefon bimbit milik anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu, yang maut tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu, pada 16 April lalu.
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
Bunuh, tikam teman wanita 28 kali: Hukuman mati bekas pengurus diganti penjara, sebatan
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikan kepada hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan.
Microsoft OneDrive versi web kini sokong mod luar talian
Mod ini membenarkan pengguna yang kekangan akses Internet untuk mengakses Home, My files, Shared, Favorites, People, dan Meeting dengan lebih mudah.
Pegawai kanan tentera guna kekerasan: Kertas siasatan diserah ke pejabat Peguam Negara
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.
Pantau Agenda Reformasi: Tidak cukup belajar di sekolah?
Benarkah kanak-kanak Malaysia tak cukup belajar sedangkan jadual pembelajaran yang panjang di sekolah ketika guru turut terbabit dalam banyak program babitkan pelajar?
Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Ekonomi Asia Pasifik dijangka alami pemulihan bertahap - IMF
Walaupun ekonomi rantau Asia Pasifik berkembang 5 peratus tahun lepas, pertumbuhan dijangka perlahan kepada 4.5 peratus tahun ini dan 4.3 peratus pada 2025.
Tinjauan EY: Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan
: Tinjauan itu mendapati sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan, 85 peratus percaya bahawa penyedia tenaga bertanggungjawab untuk menguruskan penggunaan tenaga mampan, manakala 31 peratus tidak bersedia untuk berbelanja lebih tinggi untuk produk mampan.
Nestle Malaysia: Saham meningkat kepada paras tertinggi lapan bulan
Tinjauan itu mendapati sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan, 85 peratus percaya bahawa penyedia tenaga bertanggungjawab untuk menguruskan penggunaan tenaga mampan, manakala 31 peratus tidak bersedia untuk berbelanja lebih tinggi untuk produk mampan.
Sime Darby Plantation cadang tukar nama kepada SD Guthrie
Sime Darby Plantation Bhd (SD Plantation) mengumumkan hasrat untuk menukar nama jenamanya kepada SD Guthrie Bhd.
Syed Kamarulzaman dilantik Pengerusi MAIWP baharu
Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkuat kuasa Khamis.