NATIONAL
Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar

Persetujuan itu disampaikan Syed Mokhtar hari ini, susulan pengumuman harga lantai belian padi yang diselaraskan kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) atas kerjasama yang diberikan kepada kerajaan dalam usaha melindungi kebajikan pesawah.
Ringkasan AI
- Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bersetuju menyalurkan tambahan RM30 juta untuk menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.
- Kerajaan MADANI menyelaras harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per metrik tan, berkuat kuasa 16 Februari, untuk meningkatkan pendapatan pesawah.
- Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Bernas yang telah menyalurkan RM60 juta kepada pesawah miskin dan menyatakan kerajaan akan menyalurkan peruntukan ini secara terus kepada pesawah dalam masa terdekat.
"Insya-Allah, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan ini secara terus kepada pesawah-pesawah miskin dalam masa terdekat," katanya.
Tambah perdana menteri, usaha membantu pesawah antara agenda pertamanya ketika diberi amanah mengemudi negara.
Terdahulu, Mohamad Sabu mengumumkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuat kuasa Ahad ini.
Mohamad turut memaklumkan kerajaan turut mengekalkan harga beras putih tempatan (BPT) pada kadar RM2.60 satu kilogram (kg) bagi memastikan bekalan beras terus stabil di pasaran.
Ini adalah penyelarasan harga lantai belian padi yang kedua dilaksanakan Kerajaan MADANI dalam tempoh dua tahun untuk menambah pendapatan pesawah. Kerajaan pernah mengumumkan penyelarasan pertama pada 2023 setelah hampir 10 tahun harga lantai belian padi kekal pada harga RM1,200.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami