Skip to main content

Malaysia

Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia

Dukacita dimaklumkam bahawa Prof. Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib al-Attas telah mangkat petang tadi 18 Ramadan 1447 pada pukul 6.47
Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan antara tokoh intelektual Islam paling berpengaruh dalam dunia Islam moden.

KUALA LUMPUR: Tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari, Syed Muhammad Naquib al-Attas meninggal dunia pada jam 6.47 petang, Ahad.

Allahyarham dijadualkan disolatkan di Masjid al-Taqwa pada pagi Isnin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Advertisement

Allahyarham yang dilahirkan pada tahun 1931 di Bogor, Jawa Barat, Indonesia, dikenali sebagai antara tokoh intelektual Islam paling berpengaruh dalam dunia Islam moden.

Sepanjang hayatnya, beliau banyak menyumbang kepada perkembangan pemikiran Islam, khususnya dalam bidang falsafah, sejarah, teologi dan pendidikan.

Allahyarham turut mengasaskan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) yang menjadi pusat penting pengajian pemikiran Islam di peringkat antarabangsa.

Sepanjang kerjaya ilmiahnya, beliau menghasilkan lebih 30 buku dan monograf yang menjadi rujukan penting dalam kajian peradaban dan falsafah Islam.

Must Watch Video