Syed Saddiq bidas kenyataan Zahid tentang isu LGBT

Afiq Ariffin
Oktober 23, 2018 07:23 MYT
Syed Saddiq (kiri) membidas kenyataan Ahmad Zahid dengan berkata perlakuan rasuah dan mencuri juga boleh mengundang kemurkaaan Tuhan.
Bukan sahaja kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) boleh mengundang kemurkaan Tuhan tetapi perlakuan rasuah dan mencuri juga, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Kalau makan rasuah dan bersekongkol dengan mereka yang mencuri duit rakyat macam mana pula? Bala turun ke tak?
"Di KBS dah 12 orang ditahan oleh SPRM. Dalam UMNO ja dah terlalu banyak sampai dah hilang kiraan.
"Tak pula saya dengan bala akan turun kerana pencuri," kata Syed Saddiq menerusi Twitternya hari ini.
Menteri Belia dan Sukan itu membidas kenyataan yang dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Palu, Sulawesi, bulan lalu merupakan hukuman daripada Allah akibat aktiviti LGBT yang diamalkan penduduk.

Kalau makan rasuah dan bersekongkol dengan mereka yang mencuri duit rakyat macam mana pula? Bala turun ke tak ? Di KBS dah 12orang ditahan oleh SPRM. Dalam UMNO ja dah terlalu banyak sampai dah hilang kiraan. Tak pula saya dengan bala akan turun kerana pencuri. https://t.co/qTMbRsw6G7

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahmad Zahid mendakwa seramai kira-kira 1,000 orang melakukan perbuatan terkutuk itu di kawasan berkenaan
Seperti dijangka, tweet berkenaan mendapat perhatian netizen yang turut meluahkan pandangan mereka mengenai isu tersebut.

YB Menteri. Rasuah dan LGBT dua hal yg berbeza. Bila kita tolak budaya LGBT, tak bermaksud dosa lain termasuk rasuah menjadi halal. Bicarakanlah rasuah ikut saluran undang2 yg ada. Salah ke Zahid beri ingatan ttg ancaman LGBT?

— Wan MH (@MRizuanmh) October 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bila kuasa tuhan dah dicabar, agama islam diperlekeh dan ulamak2 kena KACAU. Thats when u can expect kena bala. Allah s.w.t. masih jaga negara kita ni eventho dah byk kemungkaran whether they have the balls to admit it or not. Takkan dah kena bala baru nak amik serious?

— RDZ (@MohdxRadzi) October 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam byk² statemement dari pembangkang aku perasan bro #youthpower ni selalu sentap bila berkaitan dengan LGBT. Kenapa ye?

— Engr NIMY (@Cik_Izah) October 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

i believe apa yang YB nak highlight ni, pihak ZH ni 'bagai menangguk di air yang keruh'. Mentang-mentang orang highlight pasal LGBT, dia pun juga petik hal tu nak burukkan government. Faham? Kononnya nak dapatkan sokongan orang macam awak ni tuan,

— nrlfqhmn (@afiqahMN) October 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#gempa bumi #Indonesia #LGBT #Rasuah #Syed Saddiq #Tsunami Palu #Twitter #Zahid Hamidi