Syed Saddiq dipanggil polis berhubung video mengenai kematian tahanan

Nickyson Nyambar
Mei 21, 2021 15:52 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa agar siasatan berkenaan kes tersebut dijalankan penuh ketelusan dan integriti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedia untuk memberi kerjasama bagi membantu siasatan polis berkenaan video yang dimuat naik beliau mengenai kematian tahanan, A. Ganapathy.
Perkara itu dinyatakan oleh beliau menerusi perkongsian video di Twitter miliknya pada Jumaat.
"Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis, mereka bukan musuh saya, mereka adalah rakan, mereka adalah rakan sekerja saya.
"Mereka yang tidak menghormati undang-undang adalah mereka yang menentang sekerasnya (undang-undang).
"Pada hari yang sama saya dimaklumkan saya terlibat dalam siasatan adalah hari yang sama negara dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang individu yang juga berada dalam tahanan.
"Keadilan buat saudara Sivabalan. Apa yang membuatkan kematian Sivabalan lebih tragik adalah ianya berlaku di balai polis yang sama seperti mendiang Ganapathy," kata Syed Saddiq.
Parti MUDA menerusi ciapan di laman Twitter juga mengesahkan, Syed Saddiq akan berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada pagi Sabtu ini.

Untuk makluman Presiden MUDA @SyedSaddiq dipanggil ke balai polis Dang Wangi esok pada jam 10 pagi. Siasatan adalah berdasarkan video Solidariti bersama Ganapathy yang dikeluarkan sebelum ini.

— Parti MUDA (@partimuda) May 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Difahamkan Syed Saddiq dipanggil untuk memberi keterangan berhubung sebuah video yang dimuat naiknya pada 28 April lalu beserta kenyataanya dalam video tersebut mengenai kematian dalam tahanan di Malaysia.

Why am i under Police investigation for demanding for justice? I will give full cooperation to PDRM. They are not my enemy. They are my friends & allies. The FEW who disrespect the rule of Law are the true enemies. pic.twitter.com/rHGQxjeoBG

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) May 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau pada masa yang sama mempersoalkan keperluan menyiasat seorang ahli parlimen yang hanya menjalankan tugas menggesa keadilan buat kematian dua tahanan berkenaan.
"Jadi mengapa menyiasat ahli parlimen yang hanya menjalankan tugas meminta keadilan dan mempertahankan undang-undang.
"Siasat mereka yang melanggar undang-undang bukan saya," kata Syed Saddiq lagi.
BACA: Polis nafi dakwaan video tular babitkan A.Ganapathy
BACA: Polis cadang inkues untuk kes Ganapathy
#Syed Saddiq #Dang Wangi #siasatan polis #kematian tahanan #Ahli Parlimen Muar #A Ganapathy #video tular