Syed Saddiq nafi dakwaan ada banglo

Sinar Harian
Januari 31, 2022 23:48 MYT
Syed Saddiq menjawab pertanyaan pengguna Twitter yang mempersoalkan pengisytiharan harta dibuat Syed Saddiqnya berjumlah RM722,312 pada 2019. - Gambar fail
SHAH ALAM: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa beliau memiliki sebuah banglo.
Sebaliknya, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu mendedahkan bahawa beliau menyewa rumah banglo terbabit.
"Ini rumah sewa. Bayar setiap bulan. Rumah tak da kolam renang. Ada tiga bilik dan pejabat.
"Bila jadi menteri, ditawarkan tanah tapi saya tolak. Rumah banglo menteri pun saya tolak. Saya pilih opsyen sewa rumah," ciapnya menerusi Twitter pada malam Isnin.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pengguna Twitter yang menggunakan nama Mario dan mempersoalkan pengisytiharan harta dibuat Syed Saddiq berjumlah RM722,312 pada 2019.

Saya jawab terus. 1) Bila jadi Menteri, ditawarkan tanah tapi saya tolak. Rumah Bunglow Menteri pun saya tolak. Saya pilih option "sewa rumah" Ini rumah sewa. Bayar setiap bulan. Sekarang Team Office. 2) Rumah takda pool.Ada 3 Bilik & office. 3) Saya 1st Menteri declare asset https://t.co/owHs1C6Jry

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) January 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemilik akaun Twitter terbabit turut memuat naik gambar rumah banglo tersebut yang didakwa dilengkapi kolam renang mudah alih.
Kata Syed Saddiq, beliau pada 2019 juga menjadi menteri pertama mengisytiharkan jumlah aset peribadinya.
Artikel asal di Sinar Harian
#Syed Saddiq #rumah banglo #sewa rumah #Kolam renang