GADGETS

Synology PAS7700 diperkenal, solusi storan untuk perusahaan dan tugasan misi kritikal

Amanz 27/05/2025 | 05:30 MYT
Synology memperkenalkan solusi storan baharu, PAS7700, yang menggunakan storan SSD NVMe sepenuhnya dan direka untuk keperluan enterprise dan profesional. -Amanz
SYNOLOGY ialah sebuah jenama pembuat storan digital yang cukup dikenali untuk penawaran solusi storan seperti Network-Attached Storage (NAS), storan padat dan mudah alih, dan juga produk storan untuk industri enterprise dan profesional.


Ringkasan AI
  • Synology memperkenalkan solusi storan baharu, PAS7700, yang menggunakan storan SSD NVMe sepenuhnya dan direka untuk keperluan enterprise dan profesional.
  • Ia menyokong sehingga 48 SSD dalam rekaan 4U, dengan kapasiti maksimum 1.65 Petabyte, boleh digabungkan dengan tujuh unit pengembangan, serta menyokong naik taraf memori hingga 2TB dan rangkaian 100GbE.
  • Dengan kadar celus 30GB/s dan 2 juta IOPS, PAS7700 dijangka dilancarkan secara global pada separuh kedua tahun ini, namun harga masih belum diumumkan.


Syarikat tersebut telah memperkenalkan solusi storan baharu yang menggunakan storan SSD NVMe sepenuhnya, iaitu Synology PAS7700.

Solusi storan ini menggunakan storan SSD NVMe sepenuhnya, dan hadir dengan sokongan untuk 48 storan SSD dalam rekaan rak storan bersaiz 4U, menyokong jumlah storan sehingga 1.65 Petabyte dan boleh digabungkan dengan tujuh unit pengembangan lain.

Dalam pada itu, jumlah memori solusi storan SSD ini boleh dinaiktaraf sehingga 2TB dan juga boleh menyokong rangkaian 100GbE.

Dengan gabungan semua ciri-ciri ini, Synology mengatakan bahawa storan ini hadir dengan kadar celus (throughput) 30GB/s dan daya pemprosesan I/O 2 juta IOPS.

Synology mengatakan bahawa solusi storan PAS7700 ini akan mula diperkenalkan secara global pada separuh kedua tahun ini, tetapi buat masa ini, harganya masih belum diketahui lagi. -Amanz






#Synology #Solusi storan #PAS7700 #Network-Attached Storage