awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syor MPN: KSM akan hantar laporan terkini kepada Muhyiddin - Saravanan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
28/09/2022
09:38 MYT
Syor MPN: KSM akan hantar laporan terkini kepada Muhyiddin - Saravanan
Saravanan berkata, banyak perkara telah dilaksanakan dan beliau yakin Muhyiddin tidak dimaklumkan mengenai perkembangan isu berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menghantar laporan terkini kepada Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu kekurangan tenaga kerja asing, terutama bagi Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS).
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, banyak perkara telah dilaksanakan dan beliau yakin Muhyiddin tidak dimaklumkan mengenai perkembangan isu berkenaan.
"Mungkin tidak ada orang beritahu Tan Sri Muhyiddin apa yang telah berlaku setakat ini. KSM telah menyelesaikan semua Memorandum Persefahaman (MoU) dan kebenaran untuk membawa masuk pekerja asing juga telah diluluskan. Apabila kita jumpa doktor kalau sakit, kena cakap dengan doktor sakit di mana. Jangan cakap sakit-sakit, sakit di mana? Di KSM, di KDN, negara sumber atau kedutaan?
"Sudah macam satu fesyen, semua nak bercakap pasal pekerja asing. You don't even know the process. Pengambilan pekerja asing berperingkat. Satu, di KSM dan MOo dan itu tanggungjawab kita. Selepas itu KDN, dan kedutaan akan buat pengesahan dan kemudian ejen dan sekarang KSM kena selesaikan semua masalah kita.
"Bagaimanapun, mungkin kita akan hantar laporan terkini kepada Tan Sri Muhyiddin. Tidak ada masalah, sebab mungkin Tan Sri tidak dapat laporan penuh," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Dialog Berstruktur Tripartite 2022 Wilayah Tengah di Bangi.
Pada Selasa, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri kecewa apabila hanya 16 daripada 69 perakuan berkaitan isu utama yang diusulkan majlis itu, dilaksanakan kerajaan.
Ekonomi | Majlis Pemulihan Negara kecewa dengan kerajaan
Katanya, 30 daripada 69 perakuan berkenaan masih dalam pelaksanaan, 14 lagi belum dilaksanakan atau tiada maklum balas daripada kementerian atau agensi berkaitan, manakala sembilan lagi masih menunggu keputusan Kabinet.
Antara perakuan utama dikemukakan MPN yang Muhyiddin sifatkan prestasi pelaksanaannya tidak memuaskan, termasuk berkaitan isu kekurangan tenaga kerja asing, terutama bagi PMKS yang menjejaskan produktiviti dan merencat proses pemulihan negara.
Topic Berkaitan
#M Saravanan
#Muhyiddin Yassin
#MPN
#laporan
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan