PUTRAJAYA: Penubuhan Pusat Kajian Pembangunan Bumiputera merupakan antara cadangan dikemukakan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan dalam usaha memperkasakan kaum Bumiputera dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
Pengerusi Kumpulan Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali yang membentangkan cadangan itu pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di sini pada Khamis berkata, pusat itu bertujuan membangunkan pangkalan data Bumiputera, menjalankan kajian, mewujudkan pelantar perbincangan dan advokasi polisi bagi membangunkan masyarakat Bumiputera.
"Saya telah bercakap dengan pelbagai agensi, ada daripadanya tidak mempunyai data (Bumiputera). Banyak yang kita tidak tahu tentang Bumiputera.
"Justeru, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersedia menawarkan kekuatan kami untuk bergabung dalam konteks (mnejayakan) Pusat Kajian Pembangunan Bumiputera," katanya kepada pemberita.
Menurut Noor Azlan, pusat berkenaan dicadangkan dikelola oleh UiTM melalui Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dan UKM melalui Malaysian Inclusivity, Development and Advancement Institute (MINDA).
Beliau berkata, pusat itu perlu bagi memastikan data mengenai Bumiputera yang ada adalah terkini dan terperinci serta meliputi semua sektor ekonomi.
"Contohnya, hari ini 98 peratus enterprise berdaftar adalah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan kira-kira 50 peratus tenaga kerja ada di PMKS.
"Tapi adakah kita tahu di mana PMKS Bumiputera? Adakah kita tahu sektor mana? Adakah kita tahu masalah mereka? dan adakah kita tahu berapa ramai daripada mereka pergi ke pasaran antarabangsa?," katanya.
Noor Azlan berkata, sebanyak lapan resolusi dicadangkan hasil sesi libat urus yang dilaksanakan sepanjang dua bulan lepas, meliputi pelbagai lapisan masyarakat dan usia.
Resolusi itu ialah memperbetulkan sikap dan meningkatkan tanggungjawab; memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak; mengiktiraf peranan swasta dan badan bukan kerajaan; mengukuhkan sistem pendidikan Islam; pembangunan bakat sebagai modal insan; menangani krisis STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik); memperkasakan kualiti sekolah kebangsaan harian; dan mengukuhkan daya tahan dan daya sains graduan Bumiputera. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Noor Azlan berkata, pusat itu bertujuan membangunkan pangkalan data bumiputera, menjalankan kajian, mewujudkan pelantar perbincangan dan advokasi polisi bagi membangunkan masyarakat bumiputera.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
KEB 2024 perlihat agenda perkasakan ekonomi bumiputera tanpa pinggirkan kaum lain
Memberi jaminan bahawa kepentingan kaum lain turut diberi perhatian, Ahmad Zahid berkata mereka juga diberi pelbagai bantuan kerajaan.
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.
Yakin Kerajaan Perpaduan komited bantu Bumiputera Sabah - Hajiji Noor
Sabah mempunyai aspirasi tinggi bersama rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara.
Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani tidak akan mempertahan mana-mana badan agensi Kerajaan yang curang.
Kerajaan Sarawak tekad hapus isu kemiskinan rakyat
Kerajaan Sarawak nekad meningkatkan sosio ekonomi serta menghapuskan kemiskinan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Tabung pecutan transformasi bumiputera bantu lonjak syarikat ke tahap tinggi
Tabung itu antara cadangan dikemukakan 970 peserta sepanjang sesi libat urus kumpulan Daya Saing Perusahaan Bumiputera sempena KEB.
Syor penubuhan Pusat Kajian Pembangunan Bumiputera
Pusat itu bertujuan membangunkan pangkalan data Bumiputera, menjalankan kajian, mewujudkan pelantar perbincangan dan advokasi polisi.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Beliau menjelaskan, tindakan itu termasuk Perkara 153 melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.
Pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenal pasti - PM Anwar
Kerajaan MADANI bertekad untuk memperkukuh agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, bukan hanya kumpulan tertentu sahaja.