PUTRAJAYA: Pembukaan semula semua Tabika Perpaduan secara bersemuka di seluruh negara bermula Isnin depan adalah selari dengan pengumuman Kementerian Pendidikan pada 19 Februari lalu, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Beliau berkata Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan memastikan pengoperasian Tabika Perpaduan tertakluk kepada pematuhan ketat garis panduan pembukaan semula prasekolah, garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Beliau mengingatkan guru agar sentiasa memastikan murid-murid Tabika Perpaduan menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.
"Ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak-anak mereka ke Tabika Perpaduan juga perlu mematuhi protokol kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM serta arahan kerajaan negeri yang berkaitan sepanjang tempoh pengoperasian ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 19 Feb lepas mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang ditangguhkan sebelum ini susulan peningkatan kes COVID-19, akan bermula pada 1 Mac ini.
Keputusan itu melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua, sementara untuk Tahun Tiga hinggat Tahun Enam sesi akan bermula pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021

Guru perlu sentiasa memastikan murid-murid Tabika Perpaduan menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal. - Gambar hiasan
![[TERKINI] 83 kluster COVID-19 dalam sektor pendidikan [TERKINI] 83 kluster COVID-19 dalam sektor pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900878/14824807331618994665303_640x360.jpg)
[TERKINI] 83 kluster COVID-19 dalam sektor pendidikan
Sejumlah 83 kluster COVID-19 melibatkan 4,868 kes dilaporkan berlaku dalam sektor pendidikan sepanjang tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah 83 kluster tersebut, sebanyak 49 atau 59.04 peratus kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif.

Polis buat rondaan pada Aidilfitri, akan 'singgah' rumah banyak kereta
Rondaan itu dilakukan bagi memastikan tiada mana-mana pihak ataupun individu yang dikesan merentas negeri tanpa kebenaran.

Khairy terbuka untuk disoal, disiasat berhubung Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata beliau sentiasa terbuka untuk disoal, dikritik dan disiasat berhubung pelaksanaan program vaksinasi terbesar negara.

AWANI Ringkas: Polis sahkan kejadian lelaki terjun dari tingkat tiga Suria KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Kadar kes positif COVID-19 kembali melonjak

Rasuah | Didik bakal pemberi maklumat, boleh jadi jenayah jika silap langkah
Bakal pemberi maklumat perlu tahu tentang jenis, klasifikasi atau kategori maklumat di tangan masing-masing, sama ada maklumat tersebut adalah maklumat sulit, terhad dan sebagainya.

Kompaun RM1,500 pelajar matrikulasi dikurangkan
Jabatan Kesihatan Perak telah mengurangkan kompaun yang dikenakan kepada enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak dekat sini, ekoran rayuan yang mereka kemukakan.

COVID-19: 83 kluster sektor pendidikan sepanjang 2021 - Dr Adham
Daripada jumlah 83 kluster tersebut, sebanyak 49 atau 59.04 peratus kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif.

Kampung Sundang Laut terbakar, 150 penduduk hilang tempat tinggal
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, sebanyak 30 buah rumah penduduk Kampung Sundang Laut, Batu Sapi, Sandakan hangus dijilat api.

Lonjakan kes COVID-19 berlaku dari komuniti, sektor tertentu - Pakar
Zainal tidak menolak kemungkinan kes positif yang berlaku sejak Mac berpunca daripada pembukaan beberapa sektor ekonomi dan sosial.

KPN rancang tambah bilangan Tabika Perpaduan di seluruh negara
Kementerian Perpaduan Negara merancang menambah bilangan Tabika Perpaduan di seluruh negara sebagai usaha berterusan memupuk semangat perpaduan bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak.

Tabika Perpaduan secara bersemuka bermula Isnin
Guru perlu sentiasa memastikan murid-murid Tabika Perpaduan menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

1,781 Tabika Perpaduan laksana PdPR
Halimah berkata, kaedah PdPR dilaksanakan adalah secara lancar di seluruh TP menerusi dua kaedah berkenaan.

Sarawak terima geran Kerajaan Persekutuan bagi pembangunan KRT
Kerajaan negeri Sarawak menerima geran Kerajaan Persekutuan bernilai RM3,615,800.00 bagi menyokong pelaksanaan pembangunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri itu.

Pahang pertingkat kawalan keselamatan di tabika
Kerajaan negeri Pahang meminta pihak berkuasa supaya mempertingkat kawalan keselamatan di semua premis Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) bagi mengelak berlakunya kejadian jenayah.