awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi dinaikkan kepada RM2 juta pada 2023 - Ewon

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
31/12/2022
09:29 MYT
Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi dinaikkan kepada RM2 juta pada 2023 - Ewon
Ewon meminta mana-mana koperasi yang terkesan dengan bencana alam agar mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan ini mulai tahun depan. - Foto Facebook/EwonBenedick
KOTA BELUD: Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBKK) dinaikkan sehingga RM2 juta pada 2023 bagi membantu koperasi di negara ini yang terjejas akibat bencana alam.
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata jumlah berkenaan adalah pertambahan daripada jumlah asal peruntukan iaitu RM1 juta.
Selain itu inisiatif sedia ada dikekalkan iaitu Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) kepada 1,000 koperasi dengan jumlah sehingga RM99 juta dan Pembiayaan Tanpa Cagaran sehingga RM200,000 menerusi Pembiayaan TMP-SKM dengan penangguhan pembayaran balik pinjaman selama enam bulan dengan peruntukan sebanyak RM15 juta.
“SKM turut memberikan Bantuan Kecemasan kepada koperasi yang terjejas teruk akibat bencana, dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.
“Bagi tahun 2023, TBKK ini telah dinaikkan sehingga RM2 juta.
“Mana-mana koperasi yang terkesan dengan bencana alam boleh mengemukakan permohonan untuk bantuan ini mulai tahun depan,” ujar Ewon sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pelancongan Tagal Kampung Lingkubang Kota Belud Berhad kali ke-4, di sini hari ini.
Tambahnya Sabah turut mencatatkan nilai perolehan berjumlah RM268 juta melibatkan 1,661 koperasi berdaftar di negeri itu pada tahun ini dengan keahlian seramai 343,230 orang pada Jun lepas.
Jumlah keahlian tersebut katanya sebahagian daripada jumlah keseluruhan keahlian koperasi di negara itu sebanyak 7.03 juta orang.
Topic Berkaitan
#Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi
#Datuk Ewon Benedick
#bencana
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan