awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung COVID-19 sudah terkumpul melebihi RM40.29 juta

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2020
09:21 MYT
Tabung COVID-19 sudah terkumpul melebihi RM40.29 juta
ISMAIL: Bantuan Ihsan Kematian telahpun diberi kepada 71 waris dengan jumlah RM355,000. - Bernama
Tabung COVID-19 telah mengumpul sebanyak RM40,298,699.49 hasil sumbangan pelbagai pihak, ujar menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelasnya, bagi individu yang telah dirawat kerana positif COVID-19 atau kontak rapat kepada pesakit yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19, mereka akan diberi RM100 sehari bagi 14 hari tempoh kuarantin.
"Daripada dua kumpulan ini, yang layak memohon adalah warganegara Malaysia iaitu yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian yang diarah kuarantin oleh KKM selama 14 hari dan yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital ekoran COVID-19," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Bagaimanapun, mereka yang berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak layak menerima bantuan berkenaan.
"Bantuan Khas Hilang Pendapatan ini telah diberi kepada 94 individu dengan jumlah RM125,700.00. Selain daripada itu, Bantuan Ihsan Kematian sebanyak RM5,000 turut diserahkan kepada semua waris mereka yang telah terkorban akibat COVID-19.
"Bantuan Ihsan Kematian telahpun diberi kepada 71 waris dengan jumlah RM355,000.
"RM25,229,105.44 pula telah disalurkan kepada Kementerian Pembanguan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Yayasan Kebajikan Negara untuk bantuan kepada warganegara Malaysia yang memerlukan," ujar beliau.
Tabung COVID-19 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Mac lalu.
Topic Berkaitan
#hilang
#Hospital
#ismail sabri yaakob
#keluarga
#keselamatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#rumah
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan