Seorang pekerja bengkel membaiki bas cedera selepas sebuah tabung gas yang digunakan untuk kerja-kerja kimpalan meletup di Jalan Pokok Mangga di sini, pagi Selasa.
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Khairudin Atan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.45 pagi, namun pihaknya hanya menerima panggilan mengenainya pada kira-kira pukul 5.50 petang.
"Enam anggota dan pegawai bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk pengesahan dan siasatan.
"Pihak bomba dimaklumkan pekerja berumur 19 tahun itu terkena letupan tabung gas, namun beliau sempat membasuh muka sebelum dibawa oleh rakannya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya kepada Bernama di sini, pada Selasa.
Menurutnya beliau difahamkan pekerja itu tidak sedarkan diri semasa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, namun sedar semula pada kira-kira pukul 7.00 petang.
Sementara itu, majikannya Teng Boon Ong, 56, ketika dihubungi berkata beliau sempat bercakap dengan pekerjanya petang tadi yang memberitahu bahawa keadaannya baik, hanya mengalami luka kecil sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 06 2019
Enam anggota dan pegawai bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk pengesahan dan siasatan.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Awasi kesihatan ketika jerebu - Pengarah Kesihatan Sarawak
Dr Jamilah Hashim berkata, antara langkah tersebut termasuk mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah dan cuba berada di dalam bangunan.
Tabung gas kimpalan meletup, seorang cedera
Pihak bomba dimaklumkan pekerja berumur 19 tahun itu terkena letupan tabung gas, namun beliau sempat membasuh muka sebelum dibawa oleh rakannya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.