Tabung Haji (TH) meminta jemaah haji yang menghadapi masalah memperoleh visa supaya tidak perlu khuatir kerana mereka sudah terpilih menunaikan Rukun Islam kelima itu pada tahun ini.
Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata, jemaah haji perlu bersabar untuk menunggu mendapatkan visa berkenaan kerana pada masa yang sama pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Kedutaan Arab Saudi bagi mempercepatkan urusan itu.
"Ini perkara normal kerana untuk mendapatkan kelulusan visa, setiap permohonan visa jemaah haji perlu melalui proses yang terperinci termasuk pemeriksaan data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan dan sajian serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.
"Ini semua perlu dilakukan kerana ia berkait rapat dengan perundangan kerajaan Arab Saudi. Hanya segelintir sahaja jemaah yang menghadapi masalah ini," katanya selepas merasmikan majlis pemberian Pindah Milik Perumahan Penempatan Penduduk Rakyat Termiskin (PPRT) Desa Keda Sadek, Kupang di sini hari ini.
Turut hadir, Pegawai Daerah Baling Md Shuhaime Abd Rahman dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Arifuddin Habib.
Abdul Azeez berkata, kelewatan pengeluaran visa juga disebabkan faktor permohonan yang terlalu tinggi dalam sistem tersebut yang terpaksa mengendali jutaan permohonan jemaah haji dari seluruh dunia.
"Bagaimanapun TH dan Kedutaan Arab Saudi sentiasa bekerjasama dan memantau pada setiap masa untuk mendapatkan dan mencetak visa jemaah haji yang terbabit termasuk pada hari cuti hujung minggu.
"Pihak kami sentiasa optimis masalah ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat dan kesemua para jemaah terpilih akan meneruskan perjalanan ke tanah suci dengan lancar," katanya.
Abdul Azeez juga menasihatkan jemaah haji yang sedang menghadapi masalah kelewatan visa untuk bersabar kerana proses mendapatkan visa haji sedang giat dijalankan dan memberi jaminan para jemaah akan diterbangkan ke Tanah Suci sebaik sahaja visa diperoleh.
Dalam pada itu, seramai 110 penduduk di Keda Sadek menerima geran hak milik rumah selepas lebih 20 tahun menghuni penempatan berkenaan.
Abdul Azeez berkata, semua penghuni yang tinggal di lima penempatan Keda di Parlimen Baling akan mendapat hak milik sebelum berakhirnya tahun ini.
Empat lagi rumah PPRT itu ialah di Banggol Petai, Bandar, Keledang dan Ulu Bakai manakala 20 penempatan PPRT di Kedah membabitkan 3,663 penduduk akan diberi hak milik rumah selewat-lewatnya akhir tahun ini dan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2017
Tabung Haji sentiasa bekerjasama dengan Kedutaan Arab Saudi bagi mempercepatkan urusan visa. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.