awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam dilancar

Bernama
Bernama
24/10/2023
10:16 MYT
Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam dilancar
Mohd Zuki (dua, kanan) sewaktu melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam di pejabatnya di sini hari ini. - Foto Instagram Mohd Zuki Ali
PUTRAJAYA: Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam dilancarkan hari ini sebagai inisiatif keprihatinan dan tanda solidariti serta semangat kemanusiaan dalam kalangan penjawat awam terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang melancarkan tabung itu menggesa semua ketua setiausaha dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menggerakkan kutipan sumbangan secara agresif di kementerian, jabatan dan agensi masing-masing, dalam tempoh dua minggu bermula hari ini.
"Sekecil mana pun sumbangan anda amat bermakna buat saudara kita di sana," katanya dalam hantaran di laman sosial Instagram miliknya serta memuat naik gambar melancarkan tabung berkenaan di pejabatnya.
Kerajaan sebelum ini menubuhkan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin yang terkesan akibat konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
AAKRP ditubuhkan di bawah subseksyen 9 (1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) pada 2002. Ia di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri, dengan mandat untuk mengumpul, menyelaras dan menyalurkan sumbangan kemanusiaan daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Kemanusiaan Palestin
#Mohd Zuki Ali
#penjawat awam
#perjuangan rakyat Palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan