Tabung Pendidikan Yayasan Undang Johol pemacu pembangunan pendidikan

Undang Luak Johol Datuk Muhammad Abdullah (dua, kiri) menyampaikan Buku Pelan Strategik Pendidikan dan Dasar Pendidikan Yayasan Undang Johol kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun. - Foto Bernama
SEREMBAN: Tabung Pendidikan Yayasan Undang Johol menjadi pemacu utama dalam pembangunan pendidikan di Luak Johol, di Negeri Sembilan khususnya bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
Ringkasan AI
- Tabung Pendidikan Yayasan Undang Johol menjadi pemacu utama pembangunan pendidikan Luak Johol, Negeri Sembilan bagi membantu pelajar B40, M40, dan berkeperluan khas.
- Penubuhan tabung itu memperkukuh keupayaan yayasan dalam menyediakan bantuan tersusun dan berkesan kepada pelajar dari sekolah rendah hingga Institusi Pengajian Tinggi.
- Kerajaan Negeri Sembilan menyokong penuh usaha yayasan dengan harapan usaha meningkatkan kualiti pendidikan bagi penduduk Luak Johol memberi manfaat kepada golongan sasaran.
"Harapan kami agar usaha memperkasa dan meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan penduduk jajahan Luak Johol dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberi manfaat kepada golongan sasaran," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Tabung Pendidikan Yayasan Undang Johol di sini malam tadi, yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Selaras dengan pelancaran tabung itu, sebuah Jawatankuasa Strategik Pendidikan bagi tempoh 2024-2040 turut diwujudkan sebagai hala tuju penggubalan Dasar Pendidikan Yayasan Undang Johol yang lebih holistik.
Sementara itu, Aminuddin berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong penuh usaha yayasan tersebut dalam mendepani isu pendidikan di negeri ini.
Beliau berkata melalui kerjasama dengan pelbagai pihak dan rakan strategik, kerajaan negeri yakin inisiatif itu dapat membantu pelajar mengembangkan potensi mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, sama ada di dalam atau luar negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


