awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Persaraan: Individu bekerja sendiri perlu fikir tabungan alternatif

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
04/11/2021
04:17 MYT
Tabung Persaraan: Individu bekerja sendiri perlu fikir tabungan alternatif
Jelas Rohani, walaupun mereka melabur kepada peniagaan mereka dengan memperbesarkan lagi perniagaan, namun ia perlu dipelbagaikan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Individu yang bekerja sendiri terutama mereka yang berniaga secara kecil-kecilan perlu memikirkan mengenai tabung persaraan mereka.
Jelas Pengasas Hijrah Wealth Managers, Rohani Mohd Shahir, sungguhpun tidak mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) namun boleh melihat jenis pelaburan lain untuk memastikan mereka mempunyai bekalan mencukupi di hari persaraan.
"Peniaga kecil ini kita cadangkan mereka melihat kepada tabungan alternatif seperti saham dan pelaburan.
"Walaupun mereka melabur kepada peniagaan mereka dengan memperbesarkan lagi perniagaan, namun ia perlu dipelbagaikan," jelas Rohani dalam Buletin AWANI pada Khamis.
Namun jelas Rohani, adalah lebih baik sekiranya mereka yang mengeluarkan wang caruman dalam KWSP ini dan mula mencarum ke tabung atau medium tabungan persaraan lain berbanding membelanjakan yang akan jejaskan kewangan mereka kelak.
"Anda boleh menyemak baki di KWSP dan boleh lihat juga apakah medium dan tabung persaraan mana yang boleh dimasukkan.
"Perlu ada sasaran persaraan supaya kita boleh tambah sekiranya perlu untuk memastikan jumlah tabung mencukupi ketika persaraan," katanya.
Terdahulu, laporan menyatakan apabila 6.1 juta ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka.
Daripada jumlah itu, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000 seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dengan tanpa perlindungan persaraan.
Baca: 6.1 juta ahli KWSP mempunyai baki kurang RM10,000, majoriti ahli Bumiputera
Jelas Rohani, orang ramai perlu memikirkan mengenai tempoh persaraan kerana ia adalah satu tempoh yang mencabar susulan tidak lagi bekerja.
Tabungan KWSP tidak cukup tampung persaraan
Topic Berkaitan
#pelaburan
#persaraan
#tabung
#KWSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan