MALAYSIA

Tahanan di rumah: Mahkamah Persekutuan tolak bantahan Najib terhadap rayuan Peguam Negara

Bernama 01/07/2025 | 10:00 MYT
Panel hakim memutuskan bahawa tujuh persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Peguam Negara boleh diadili dan disemak oleh mahkamah. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap rayuan Peguam Negara berhubung kewujudan satu dokumen tambahan yang didakwa membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya dalam tahanan di rumah.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dalam keputusan sebulat suara, memutuskan bahawa tujuh persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Peguam Negara boleh diadili dan disemak oleh mahkamah.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.
Panel berkenaan kemudian menetapkan esok untuk mendengar rayuan Peguam Negara.
Pada 28 April lepas, Mahkamah Persekutuan telah memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk meneruskan rayuan berhubung dokumen tambahan itu.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
#Najib Razak #Titah Adendum #Mahkamah Persekutuan #tahanan rumah