awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan penjara lolos ketika dapatkan rawatan di hospital

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
17/07/2023
15:22 MYT
Tahanan penjara lolos ketika dapatkan rawatan di hospital
Polis berkata, tahanan berkenaan yang dikenali sebagai Nordin Ahmad, dikatakan meloloskan diri ketika berada di Wad Kuarantin Tibi (Wad 5) di HSB. - Foto ihsan PDRM
NIBONG TEBAL: Seorang tahanan penjara dilaporkan melarikan diri sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB), Pulau Pinang petang Isnin.
Susulan kejadian itu, Polis Pulau Pinang kini giat memburu lelaki tempatan berusia 54 tahun itu selepas menerima laporan daripada warden penjara pada jam 3.56 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Ng Ah Thiam berkata, tahanan berkenaan yang dikenali sebagai Nordin Ahmad, dikatakan meloloskan diri ketika berada di Wad Kuarantin Tibi (Wad 5) di HSB.
“Ketika kejadian, tahanan terbabit berpakaian kemeja-T berwarna kelabu dan berseluar pendek berwarna hitam.
“Susulan laporan berkenaan, polis kini melancarkan ‘Op Tutup’ dan usaha mengesan tahanan terbabit giat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ah Tiam berkata, kerjasama orang awam amat diperlukan sekiranya mempunyai maklumat berkaitan tahanan terbabit.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor M Karthik di talian 016-6970009 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#tahanan lolos
#Polis Daerah Seberang Perai Selatan
#Hospital Sungai Bakap
#Nordin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan