MALAYSIA
Tahanan rumah: Permohonan Najib untuk hakim baharu tarik diri gagal
Najib sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan bersalah menyeleweng RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam permohonannya supaya Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke Yee Ching menarik diri daripada mendengar semakan kehakiman berhubung kewujudan dokumen tambahan yang didakwa membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Ketika menolak permohonan bekas perdana menteri itu, Hakim Loke memutuskan bahawa isu berat sebelah tidak timbul dalam permohonan substantif tersebut.
"Saya telah meneliti permohonan agar saya menarik diri. Ketika saya memutuskan bahawa mendedahkan fakta material (duty of candour) tidak timbul, ia dalam konteks permohonan kebenaran untuk prosiding penghinaan mahkamah terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
"Pada peringkat itu, saya berpendapat bahawa mendedahkan fakta material tidak terpakai. Oleh itu, isu mengenai keputusan saya sebelum ini yang mungkin menyebabkan saya bersikap berat sebelah tidak seharusnya timbul. Justeru, saya menolak permohonan untuk saya menarik diri," katanya.
Pada 4 Sept, Loke menolak permohonan Najib untuk mendapat kebenaran memulakan prosiding komital terhadap Ahmad Terrirudin, yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan, atas dakwaan menghina mahkamah selepas memutuskan bahawa pemohon (Najib) gagal membuktikan kes prima facie bagi menghina.
Terdahulu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menerima arahan daripada anak guamnya supaya hakim menarik diri daripada mengendalikan perkara tersebut, kerana dilihat wujud unsur berat sebelah susulan keputusan berhubung prosiding komital.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili responden, membantah permintaan itu dan menyatakan bahawa ia sepatutnya dibuat melalui permohonan rasmi.
Hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Najib bagi meminda semakan kehakiman dengan memasukkan bukti tambahan dalam permohonan tersebut. Beliau memohon untuk memasukkan afidavit anaknya Datuk Mohd Nizar, yang berkaitan dengan surat bertarikh 4 Jan tahun ini yang ditandatangani Pengelola Bijaya Di-Raja dari Pejabat Sultan Pahang, yang mengesahkan bahawa salinan Perintah Tambahan adalah benar.
Mahkamah kemudian menetapkan 19 Sept untuk keputusan berhubung permohonan Najib bagi meminda semakan kehakiman itu dan turut menetapkan 24 Nov untuk mendengar merit semakan kehakiman tersebut.
Pada 13 Ogos, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi di hadapan hakim baharu untuk didengar meritnya, selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan mengenai perintah tambahan tersebut.
Dalam permohonan itu, Najib, 72, memohon perintah mandamus bagi memaksa responden memberikan jawapan dan mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Jan tahun lepas.
Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri; Pesuruhjaya Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri; serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu turut memohon satu perintah bahawa sekiranya dokumen tambahan itu wujud, responden atau mana-mana mereka diarahkan untuk segera melaksanakannya, termasuk memindahkannya daripada Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.
Pada 3 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman, dengan memutuskan bahawa empat afidavit yang dikemukakan bagi menyokong dakwaannya, termasuk kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merupakan keterangan dengar cakap dan tidak boleh diterima di mahkamah.
Najib sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan bersalah menyeleweng RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi. Sabitan dan hukuman itu kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuannya.
Najib kemudiannya memfailkan petisyen pengampunan diraja pada 2 Sept 2022. Lembaga Pengampunan kemudian mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala dendanya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
-- BERNAMA